Utusan Borneo (Sabah)

KM lulus pembinaan tempat duduk tidak berbumbung

Untuk kemudahan para pengunjung, atlet di Kompleks Sukan Sandakan

- (tengah) melepaskan tembakan ke udara sebagai gimik perasmian Sukan Sabah Ke-8, 2017 di Sandakan. - SA

KETUA Menteri, Tan Sri Musa Haji Aman telah meluluskan permohonan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) Sabah bagi pembinaan tempat duduk tidak berbumbung di Kompleks Sukan Sandakan.

Permohonan itu telah dikemukaka­n oleh KBS melalui Pembantu Menteri, Datuk Masiung Banah ketika Majlis Perasmian Pembukaan Sukan Sabah (SAGA) ke-8 Sandakan 2017 yang berlangsun­g pada Ahad.

Musa berharap dengan adanya pembinaan tempat duduk tidak berbumbung itu akan memberi kemudahan kepada para orang ramai serta atlet yang datang ke kompleks berkenaan.

Terdahulu, dalam ucapan alu-aluannya, Masiung yang mewakili Menterinya, Datuk Haji Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, menerusi SAGA secara tidak langsung dapat menaiktara­f infrastruk­tur dan kemudahan sukan.

“Bersempena tema- sya SAGA Sandakan ini, kerajaan telah menaiktara­f Kompleks Sukan Sandakan merangkumi kerjakerja menaiktara­f balapan sintetik termasuk papan markah elektronik dan sistem penjagaan masa, menaiktara­f gelanggang memanah, gelanggang bola tampar, gelanggang sepak takraw, gelanggang bola keranjang dan membina gelanggang petanque.

“Kerajaan akan terus membina kemudahan sukan yang baharu dan menaiktara­f kompleks sukan sedia ada demi untuk pembanguna­n sukan dan kesejahter­aan rakyat.

“Adalah menjadi harapan agar SAGA akan menjadi satu karnival sukan yang berprestij, bukan sahaja melibatkan penyertaan masyarakat semua peringkat secara menyeluruh tetapi juga dapat melahirkan budaya sukan dalam kalangan masyarakat khususnya kumpulan belia di seluruh Sabah,” katanya.

SAGA merupakan kejohanan Sukan Prestasi Tinggi yang melibatkan atlet-atlet berumur di bawah 20 tahun. SAGA adalah program pembanguna­n sukan jangka panjang bertujuan melahirkan dan mengenalpa­sti lebih ramai atlet yang berpotensi daripada akar umbi untuk dipilih mewakili negeri seterusnya negara ke kejohanan kebangsaan dan antarabang­sa.

Konsep penganjura­n SAGA yang melibatkan semua daerah mula diperkenal­kan pada SAGA ke-4 yang telah diadakan di Sandakan pada 2009. Ia disertai oleh 4,300 pegawai dan atlet.

Pada temasya SAGA ke-8 ini, lebih 7,000 pegawai dan atlet menyertain­ya sekaligus membuktika­n sambutan dan kesedaran rakyat Sabah terhadap budaya bersukan semakin meningkat.

SAGA pada edisi kali ini mempertand­ingkan sebanyak 20 jenis sukan iaitu badminton, berbasikal, bola keranjang, bola jaring, bola sepak, bola tampar, boling padang, golf, hoki, karate, memanah, olahraga, ping pong, pencak silat, ragbi, sepak takraw, taekwondo, tenis, tinju dan petanque.

Sebanyak 679 pingat dipertandi­ngkan merangkumi 197 emas, 197 perak dan 285 pingat

gangsa.

 ?? Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA (Gambar-gambar oleh SALMAN ABADI) ?? KETUA Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mengumumka­n kelulusan pembinaan kemudahan tempat duduk tanpa bumbung di sekeliling stadium Kompleks Sukan Sandakan. - SA SEBAHAGIAN daripada 6,238 atlet dan pegawai kontinjen yang mewakili 26 daerah serta para...
Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA (Gambar-gambar oleh SALMAN ABADI) KETUA Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mengumumka­n kelulusan pembinaan kemudahan tempat duduk tanpa bumbung di sekeliling stadium Kompleks Sukan Sandakan. - SA SEBAHAGIAN daripada 6,238 atlet dan pegawai kontinjen yang mewakili 26 daerah serta para...
 ??  ?? MUSA
MUSA
 ??  ?? MUSA (tengah) diiringi Datuk Masiung Banah dan para tetamu diperkenal­kan kepada kontinjen bertanding sambil menyerahka­n cenderamat­a kepada para ketua kontinjen. Kelihatan Pegawai Daerah Telupid Benedict Asmat (kanan) menerima cenderamat­a disampaika­n...
MUSA (tengah) diiringi Datuk Masiung Banah dan para tetamu diperkenal­kan kepada kontinjen bertanding sambil menyerahka­n cenderamat­a kepada para ketua kontinjen. Kelihatan Pegawai Daerah Telupid Benedict Asmat (kanan) menerima cenderamat­a disampaika­n...
 ??  ?? TIMBALAN Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) Haji Mohd Hamsan Haji Ag Supain (tengah) mengetuai kontinjen tuan rumah Sandakan dengan jumlah atlet paling ramai iaitu 439 orang. - SA
TIMBALAN Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) Haji Mohd Hamsan Haji Ag Supain (tengah) mengetuai kontinjen tuan rumah Sandakan dengan jumlah atlet paling ramai iaitu 439 orang. - SA
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada aksi lebih 100 jurugambar dari pelbagai agensi termasukla­h wartawan Utusan Borneo (Lahad Datu) Norwahida Yamaludin (duduk).
- SA
SEBAHAGIAN daripada aksi lebih 100 jurugambar dari pelbagai agensi termasukla­h wartawan Utusan Borneo (Lahad Datu) Norwahida Yamaludin (duduk). - SA
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada lebih 5,000 penonton yang membanjiri Stadium Kompleks Sukan Sandakan bagi menyaksika­n Majlis Perasmian Sukan Sabah (SAGA) Ke-8, 2017. - SA
SEBAHAGIAN daripada lebih 5,000 penonton yang membanjiri Stadium Kompleks Sukan Sandakan bagi menyaksika­n Majlis Perasmian Sukan Sabah (SAGA) Ke-8, 2017. - SA
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada 338 atlet kontinjen Keningau berarak masuk sambil membawa sepanduk mempromosi­kan ‘Tahun Melawat Keningau 2018’. - SA
SEBAHAGIAN daripada 338 atlet kontinjen Keningau berarak masuk sambil membawa sepanduk mempromosi­kan ‘Tahun Melawat Keningau 2018’. - SA
 ??  ?? KONTINJEN Beluran diketuai Penolong Pegawai Daerah Beluran Roger Appolonius (tiga kanan) dan Joe Joloning Majambu (ADO Paitan). – SA
KONTINJEN Beluran diketuai Penolong Pegawai Daerah Beluran Roger Appolonius (tiga kanan) dan Joe Joloning Majambu (ADO Paitan). – SA
 ??  ?? TUJUH bekas atlet Sabah membawa obor kejohanan sebelum upacara penyalaan obor. - SA
TUJUH bekas atlet Sabah membawa obor kejohanan sebelum upacara penyalaan obor. - SA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia