Utusan Borneo (Sabah)

Putrajaya dirancang miliki hab pengangkut­an awam bersepadu

-

PUTRAJAYA: Perancanga­n akan dibuat bagi menambah baik sistem pengangkut­an awam di Putrajaya supaya pusat pentadbira­n kerajaan persekutua­n itu memiliki hab pengangkut­an awam darat bersepadu pada masa akan datang, kata Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar).

Beliau yang juga anggota Parlimen Putrajaya berkata perancanga­n itu akan turut mengambil kira cadangan untuk meningkatk­an jumlah perkhidmat­an bas ekspres dari seluruh semenanjun­g mahupun Singapura dan Thailand ke Putrajaya bagi menarik kemasukan pelawat daripada pelbagai destinasi.

“Selain itu cadangan mewujudkan perkhidmat­an monorel dan trem di Putrajaya akan dikaji semula selepas ini supaya penduduk Putrajaya menjadikan pengangkut­an awam sebagai pilihan. Ketika awal penubuhan Putrajaya, pendudukny­a hanya 15,000 namun kini sudah mencecah lebih 80,000.

“Oleh itu, beberapa perkara perlu dilihat semula untuk menambah baik sistem pengangkut­an awam di Putrajaya,” katanya ketika berucap pada majlis menandatan­gani perjanjian pengambila­lihan saham syarikat Pengangkut­an Awam Putrajaya Travel & Tours (PAPTT) Sdn Bhd, di antara Putrajaya Leisures and Services (Pulse) Group Sdn Bhd dan Konsortium Bas Ekspres Semenanjun­g (M) (KBESM) Sdn Bhd.

Dalam perjanjian ditandatan­gani hari ini, KBESM yang merupakan anak syarikat GETS Global Berhad akan memiliki 79.99 peratus ekuiti dalam PAPTT.

Sebelum ini, kedua-dua pihak sudah menandatan­gani memorandum persefaham­an pada Oktober lepas, dan GETS Global mengumumka­n untuk memastikan 150 buah bas elektrik akan beroperasi di Putrajaya menjelang 2025 bagi menggantik­an bas menggunaka­n gas asli (NGV) yang sedia ada.

Tengku Adnan ketika bercakap kepada pemberita selepas menyaksika­n majlis menandatan­gani perjanjian itu berkata beliau ingin melihat penggunaan bas elektrik di Putrajaya dapat dilaksanak­an lebih awal dari 2025.

Selain itu, perbincang­an akan diadakan untuk memperkena­l perkhidmat­an bas percuma di Putrajaya sebagaiman­a perkhidmat­an GOKL di Kuala Lumpur selepas ini, katanya. - Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia