Utusan Borneo (Sabah)

IPD Sri Aman adakan majlis perpisahan untuk ASP Aleng

-

SRI AMAN: Bahagian Sumber Strategik dan Teknologi (START) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman akan ‘kehilangan’ ketua pada pertengaha­n bulan ini.

Ia berikutan perpindaha­n Ketua Bahagian START ASP Aleng Lamat ke IPD Samarahan berkuat kuasa 18 Disember ini.

Aleng, 36, telah memulakan kerjayanya dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pelatih inspektor pada 1 November 2003 sebelum berpindah tugas ke penempatan pertamanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada 2004.

Di IPK Selangor, beliau telah dilantik sebagai Inspektor Pengangkut­an (Unit Pentadbira­n) sebelum beliau dilantik sebagai Inspektor Pengangkut­an Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bermula 2007 hingga 2009.

Aleng kemudianny­a dipindah tugas ke IPK Sarawak sebagai Inspektor Pengangkut­an (Operasi) pada 2009 seterusnya dilantik sebagai Ketua Bahagian START IPD Sri Aman dari 2 Mei 2014 hingga 15 Disember ini.

Beliau ketika berucap pada majlis perpisahan diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini malam Sabtu turut menasihati anggota agar komited meneruskan tugas masing-masing dalam jabatan START IPD Sri Aman dari semasa ke semasa.

“Saya berharap agar semua anggota START IPD Sri Aman terus menunaikan tanggungja­wab yang diberikan oleh kerajaan dan seterusnya berbakti kepada penduduk di kawasan ini,” ujarnya.

Hadir sama pada majlis perpisahan beliau adalah Wali Kota Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) Richard Tawan Sedu, Pegawai Tadbir Sarawak Pejabat Residen Sri Aman Crispin Francis, para pegawai kerajaan dan ketua kaum di sini.

 ??  ?? ALENG (kanan) menerima cenderamat­a daripada warga pendidik ketika berlangsun­gnya Majlis Perpisahan Ketua Bahagian START IPD Sri Aman.
ALENG (kanan) menerima cenderamat­a daripada warga pendidik ketika berlangsun­gnya Majlis Perpisahan Ketua Bahagian START IPD Sri Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia