Utusan Borneo (Sabah)

PM ulangi pendirian k’jaan berhubung MA63

Kembalikan hak-hak Sarawak, Sabah mungkin terambil pada masa lalu

-

KUCHING: Bagi mengelak salah faham tentang rundingan dan persetujua­n yang dicapai mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi kembali pendirian kerajaan Persekutua­n akan memberi balik hak-hak Sarawak dan Sabah yang mungkin tera m bil pada masa lalu pada perbahasan Perhimpuna­n Agung Umno (PAU) 2017, Sabtu.

Menteri Kerja Raya yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, mungkin terdapat ahli Umno yang membangkit­kan isu MA63 pada PAU 2017.

Tambahnya, tindakan Perdana Menteri itu bagi mengelak salah faham disebabkan kenyataan seseorang pemimpin Umno yang telah mengatakan perkara itu sebaliknya sebelum ini yang terpesong daripada apa yang telah dipersetuj­ui Perdana Menteri dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

“Mungkin dalam perbahasan Umno itu ada yang membangkit­kan isu ini dan sebab itu beliau (Najib) menekankan kembali apa yang telah dipersetuj­ui (antara kerajaan Persekutua­n dan negeri).

“Mungkin juga ada salah faham disebabkan ada seseorang yang telah mengatakan sebaliknya sebelum ini (yang bercanggah dengan) apa yang telah dipersetuj­ui Perdana Menteri bersama Ketua Menteri kita dan juga Ketua Menteri Sabah,” jelasnya.

Fadillah berkata demikian semasa ditemui pemberita ketika diminta mengulas tentang perkara itu selepas merasmikan Program Kami Pengguna Bijak di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Samariang di sini Ahad.

Beliau menjelaska­n bahawa rundingan antara kerajaan Persekutua­n dan negeri masih dijalankan dan kini di peringkat kedua rundingan melibatkan perundanga­n.

“Apa yang telah dirundingk­an di antara Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sarawak termasuk Allahyarha­m Tok Nan( Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem) melibatkan dua peringkat iaitu pentadbira­n dan perundanga­n.

“Peringkat pertama iaitu pentadbira­n telah selesai dan kini masuk perkara kedua yang agak sulit kerana melibatkan peruntukan perundanga­n termasuk perlembaga­an,” jelasnya.

Tambahnya, hak-hak Sarawak yang sebahagian­nya telah terhakis dahulu yang melibatkan perundanga­n memerlukan rundingan yang terperinci tetapi secara konsepnya telah mendapat persetujua­n daripada keduadua pihak iaitu kerajaan persekutua­n dan negeri.

“Sepatutnya tidak ada kenyataan lain selain daripada apa yang telah dipersetuj­ui itu kerana kita perlu memfokuska­n apa yang telah dipersetuj­ui dan mencari jalan penyelesai­an untuk kita bergerak ke hadapan, walaupun kita menuntut hak kita, kita kekal dalam Malaysia.

“Tetapi dalam masa sama kita berkehenda­kan dengan apa yang sudah termaktub dalam perjanjian dulu (MA63) dan peruntukan perundanga­n mestilah dikembalik­an kepada Sarawak.

“Justeru, saya mengucapka­n terima kasih kepada Perdana Menteri kita yang telah mengulangi apa yang telah dipersetuj­ui sebelum ini,” ujarnya.

“Mungkin dalam perbahasan Umno itu ada yang membangkit­kan isu ini dan sebab itu beliau (Najib) menekankan kembali apa yang telah dipersetuj­ui (antara kerajaan ” Persekutua­n dan negeri).

DATUK SERI FADILLAH YUSOF Menteri Kerja Raya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia