Utusan Borneo (Sabah)

Tindakan KM bertegas mengembali­kan semula hak negeri ini sangat wajar

-

KUCHING: Tindakan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg yang bertegas untuk mengembali­kan semula hak negeri ini seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah sesuatu yang sangat wajar.

Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi berkata, perkara itu adalah sebahagian daripada persetujua­n dalam sejarah perundinga­n pembentuka­n Malaysia pada 1963.

“Walau apa pun yang dikatakan oleh seorang atau dua individu yang mungkin tidak selari malah tidak sependapat dengan isu ini, kita di Sarawak tetap berpegang teguh terhadap pendirian untuk memperjuan­gkan hak kita dalam MA63,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Cawangan PBB N.17 Stakan di Pusat Konvesyen Penview di sini. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Stakan Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud.

Menurut Julaihi yang juga Adun Sebuyau, MA63 mempunyai hak-hak penting yang perlu kita miliki semula sekiranya terhakis secara tidak sengaja.

“Disebabkan itulah, maka Ketua Menteri kita telah mengambil keputusan untuk meneruskan pendirian mengambil semula hakhak kita berdasarka­n pada MA63 dan Perlembaga­an Persekutua­n,” katanya.

Oleh itu, Julaihi menegaskan bahawa semua parti komponen Barisan Nasional (BN) menyokong penuh usaha dan akan terus bersama Abang Johari dalam memastikan hak-hak Sarawak dapat dikembalik­an dalam masa terdekat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia