Utusan Borneo (Sabah)

Pusat Dalam Komuniti Sri Aman kini dihuni 72 pelatih

-

SRI AMAN: Pusat Pemulihana­n Dalam Komuniti (PDK) Sri Aman kini mempunyai seramai 72 pelatih berdaftar (orang kurang upaya) sejak ia mula ditubuhkan pada 1991.

Mas Mashore Maslem berkata, daripada jumlah berkenaan hanya 50 pelatih berdaftar sahaja masih aktif menjalani aktiviti masingmasi­ng di PDK Sri Aman.

Menurutnya, ibu bapa perlu tahu mengenai pentingnya kewujudan PDK ini.

Ini kerana katanya, pusat terbabit dapat memberi pendidikan sesuai terhadap golongan kanak-kanak istimewa berkenaan seterusnya meminimumk­an kecacatan dialami mereka.

“Jika kita mempunyai anak istimewa seperti ini maka hantar mereka ke PDK kerana ia secara tidak langsung dapat membantu ibu bapa mendapatka­n pengetahua­n terperinci berhubung pendidikan khas terbabit,” ujarnya.

Mashore berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Hari Keluarga 2017 Pra-Krismas PDK Sri Aman di sebuah hotel terkemuka di sini malam Sabtu.

Beliau menambah, kanakkanak istimewa terbabit mempunyai kebolehan selagi ibu bapa memberi peluang kepada mereka untuk mendapat bimbingan di PDK.

“Penubuhan PDK dianggap amat penting kerana ia boleh dijadikan sebagai platform buat ibu bapa kanak-kanak OKU berkongsi masalah antara satu sama lain,” jelasnya.

Hadir sama bagi memeriahka­n majlis terbabit adalah Penyelia PDK Sri Aman Faridah Saini, wakil Rumah Seri Kenangan Asnah Yakob dan Pengerusi Persatuan Ketua Masyarakat Iban Sri Aman Temenggung Samuel Lawen.

 ??  ?? FARIDAH (dua kanan) menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada wakil penerima sambil disaksikan Mas Mashore (kiri) serta yang lain semasa berlangsun­gnya majlis berkenaan.
FARIDAH (dua kanan) menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada wakil penerima sambil disaksikan Mas Mashore (kiri) serta yang lain semasa berlangsun­gnya majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia