Utusan Borneo (Sabah)

Pengguna mampu pengaruhi harga barang jika mempunyai rangkaian kesepakata­n

-

KUCHING: Penggunama­mpu mempengaru­hi harga barang jika mempunyai rangkaian kesepakata­n bersama agar tidak dimanipula­si peniaga.

Perkara itu ditegaskan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof yang memberitah­u, dengan adanya rangkaian kesepakata­n tersebut, pengguna mampu memberi tekanan kepada pengeluar dan peniaga untuk menurunkan harga barang.

“Sebab hak itu ada pada kita, yang menentukan harga dari segi teori ialah antara permintaan dan penawaran, maknanya kita sebagai pengguna, jika kita mewujudkan rangkaian kesepakata­n antara pengguna agar kita dapat menentukan harga barang.

“Kalau kita lihat di Malaysia ini kesedaran hak kepengguna­an masih rendah berbanding negara maju seperti di Eropah yang mana hak kepengguna­an tinggi sehingga peniaga takut dengan pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Kami Pengguna Bijak anjuran Kementeria­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) bersama Pusat Khidmat Parlimen Petra Jaya di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Samariang di sini, pada Ahad.

Mengulas lanjut tentang rangkaian kesepakata­n pengguna itu, F adillah memberi contoh insiden yang berlaku di Sabah melibatkan penjualan minyak masak bersubsidi paket satu kilogram.

“Ini berlaku di Sabah yang mana penjual memborong semua minyak masak bersubsidi paket satu kilogram dan kemudian menjualnya dalam botol bersaiz besar untuk memanipula­sikan harga,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia