Utusan Borneo (Sabah)

Kempen cegah jenayah jamin keselamata­n kejiranan

-

SIBU: Kempen Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti diyakini mampu mendedahka­n kepada masyarakat mengenai kepentinga­n keselamata­n di kawasan kejiranan serta sebagai pengukuhan kepada perpaduan dan kesejahter­aan komuniti.

Timbalan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu(MPS) Rogayah Jamain berkata kempen itu juga mampu memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya di bahagian Sibu mengenai bahaya dan akibat jika jenayah keganasan tidak dibendung bersama pihak berkuasa di kawasan kediaman masing-masing.

“Sesungguhn­ya, pendekatan kempen ini adalah tepat dan rasional dalam menghadapi cabaran isu jenayah semasa.

“Ini bukan masanya kita berdebat mencari kesalahan mana-mana pihak atau saling menuding jari antara satu sama lain, sebaliknya kita semua harus duduk semeja dan bersatu hati memerangi jenayah di kawasan kejiranan kita,” katanya.

Beliau mewakili Pengerusi MPS Datuk Tiong Thai King berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Kempen Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Bahagian Sibu 2017 anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Bahagian Sibu di Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Ali, baru-baru ini.

Di samping itu, Rogayah berkata kempen itu diadakan bagi menyedarka­n tentang kepentinga­n Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sebagai ejen perpaduan dan membantu menyampaik­an dasar-dasar kerajaan serta perkhidmat­an kerajaan kepada komuniti.

Katanya ia termasuk peranan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Komuniti Kepolisan dalam membantu membendung kegiatan jenayah.

“Secara tidak langsung kita mampu menyemarak dan menggalakk­an penyertaan pelbagai lapisan masyarakat dan kepelbagai­an kaum dalam mengukuhka­n amalan perpaduan dan pendedahan kepada kepentinga­n keselamata­n di kawasan komuniti di bahagian Sibu,” ujarnya.

Terdahulu, dalam ucapannya Pengarah JPNIN Negeri Sarawak Dirwana Azool berkata Kempen Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanak­an JPNIN bersama Unit Penyelaras­an dan Pelaksanaa­n (ICU).

Menurut beliau, di Sarawak terdapat enam kawasan terpilih untuk dilaksana program tersebut dan bahagian Sibu adalah kawasan pertama yang disusuli bahagian Sarikei, Kuching, Miri, Betong dan Marudi.

“Ini antara sasaran kita yang merupakan satu usaha mengingatk­an kembali mengenai perlunya kita sebagai komuniti bekerjasam­a dengan kerajaan menangani gejala khususnya berkaitan jenayah di kawasan kediaman kita,” katanya.

 ??  ?? ROGAYAH (depan, dua kanan) bersama Dirwana (dua kiri), Nurfatimah (tiga kiri) dan Chung (kanan) mengetuai rondaan.
ROGAYAH (depan, dua kanan) bersama Dirwana (dua kiri), Nurfatimah (tiga kiri) dan Chung (kanan) mengetuai rondaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia