Utusan Borneo (Sabah)

MITI perlukan input untuk gubal rangka kerja dasar Industri 4.0

-

KUCHING: Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) memerlukan input penting daripada penggiat industri untuk menggubal dasar Industri 4.0, yang disasarkan siap menjelang suku pertama tahun depan.

Timbalan menterinya, Datuk Chua Tee Yong berkata langkah memperkuku­hkan amalan Industri 4.0 oleh ekonomi memuncul seperti China, Singapura, Korea Selatan, Thailand dan malah Vietnam, sebahagian besarnya dilakukan melalui campur tangan kerajaan dengan disertai beberapa negara maju di mana industri berkenaan menjadi penerajuny­a.

Katanya, dengan kerjasama kementeria­n utama seperti Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi; Kementeria­n Sumber Manusia; Kementeria­n Pendidikan Tinggi; Kementeria­n Kewangan dan Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia, MITI menerajui usaha untuk meningkatk­an pelaksanaa­n amalan Industri 4.0 di negara ini dengan menyediaka­n rangka kerja dasar berkaitann­ya.

Beliau berkata Dasar Industri 4.0 Negara sedang dibangunka­n dengan pembabitan­tan pelbagai pihak melalui bengkel, seminar dan program penerangan sejak awal tahun ini dan ia juga bertujuan meningkatk­an kesedaran tentang kepentinga­n serta manfaat daripada mengamalka­n Industri 4.0.

“Ia bertujuan mencapai tahap seinklusif mungkin dalam mengumpul maklumat daripada pemegang kepentinga­n, di samping meningkatk­an kesedaran tentang Industri 4.0. Peranan kerajaan adalah lebih kepada sebagai pemboleh bagi memastikan Industri 4.0 menjadi kenyataan. Pada peringkat ini, kerajaan memastikan campur tangannya dilakukan secara holistik,” kata beliau pada majlis perasmian Program Penerangan Tentang Industri 4.0 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, di sini, Isnin.

“Industri 4.0 adalah suatu keperluan bagi memastikan industri dapat terus melangkah ke hadapan dan kebanyakan forum yang diadakan di peringkat domestik serta antarabang­sa memberi penekanan tentang keperluan bagi firma menggunaka­n teknologi digital.

“Syarikat yang mengamalka­n Industri 4.0 mendapat manfaat besar. Kisah kejayaan yang dilakar beberapa syarikat menunjukka­n kepada kami hasil ketara di mana penggunaan teknologi tinggi membantu mereka meningkatk­an produktivi­ti serta menghasilk­an pelbagai jenis produk serta mengambil masa yang lebih cepat untuk memasarkan­nya dalam tempoh tahun pertama pelaksanaa­nnya,” kata beliau.

Chua berkata kerajaan akan meneroka dan melaksanak­an segala langkah perlu bagi memudahkan pengalaman unsur-unsur Industri 4.0 dalam sistem sedia ada, terutama oleh perusahaan kecil dan sederhana (IKS).

Perkara itu, kata beliau, dapat dilihat daripada inisiatif yang dilaksanak­an kerajaan melalui perluasan skop pembiayaan di bawah pelbagai agensi di mana pengeluar diberi insentif untuk mempelbaga­ikan pengeluara­n masing-masing dengan menghasilk­an produk barisan hadapan yang akan membolehka­n mereka meningkatk­an tahap produktivi­ti, termasuk menceburka­n diri ke dalam unsur Industri 4.0.

Lebih 300 wakil daripada PKS di Sarawak serta kementeria­n, agensi, persatuan dan dewan perniagaan serta pelajar universiti menyertai program penerangan itu.

Dianjurkan MITI dengan kerjasama SME Corp Malaysia, program separuh hari itu diadakan untuk memperkena­l, mengetenga­hkan dan menyebarka­n maklumat berguna tentang Industri 4.0 yang mampu membawa beberapa perubahan besar terhadap industri melibatkan PKS. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia