Utusan Borneo (Sabah)

Melaka anjur Showcase SDSI bermula 18 Dis ini

-

MELAKA: Kerajaan negeri akan menganjurk­an Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) kali ke-11 di perkaranga­n Hentian Rehat dan Rawat Pusat Transfroma­si Luar Bandar Sungai Rambai arah Selatan di Jasin di sini selama tujuh hari mulai 18 Dis ini.

Pengerusi Pertanian dan Pembanguna­n Usahawan negeri Datuk Hasan Abdul Rahman berkata kira-kira 150 usahawan dari dalam dan luar Melaka termasuk agensi dan jabatan kerajaan akan mengambil bahagian.

Beliau berkata penganjura­n Showcase SDSI yang sebelum ini diterajui sepenuhnya Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) merupakan platform terbaik bagi mempromosi­kan produk dan perkhidmat­an industri kecil tempatan serta membangunk­an ekonomi golongan itu.

“SDSI merupakan program pembanguna­n ekonomi yang menyumbang pada peningkata­n pendapatan yang berterusan dan memberi impak positif pada kesejahter­aan rakyat dan masyarakat setempat,” kataya pada sidang akhbar di sini, Isnin.

Beliau berkata walaupun program tersebut dianjurkan kerajaan negeri, namun ia turut mendapat kerjasama dan bantuan daripada MITI bagi memastikan kelancaran acara tahunan itu.

Hasan berkata penganjura­n SDSI itu merupakan pelengkap kepada rantaian keusahawan­an di negara ini melalui jalinan strategik antara agensi kerajaan negeri dan persekutua­n seperti Unit Perancang Ekonomi Negeri, Perbadanan Kemajuan negeri, Melaka Halal Hub dan Majlis Amanah Rakyat.

Penganjura­n bertemakan ‘Dari Desa ke Persada Dunia’ itu mengetenga­hkan empat kluster iaitu makanan/ minuman, produk kesihatan, kraftangan dan inap desa.

“Antara kriteria bagi penyertaan showcase tersebut termasuk kegiatan usahawan itu perlu melibatkan komuniti setempat, mempunyai keunikan ciri atau keistimewa­an setempat serta produk yang diketengah­kan menggunaka­n sumber tempatan seperti bahan mentah dan sumber tenaga manusia.

“Produk atau perkhidmat­an yang ditawarkan perlu mewujudkan rantaian nilai ekonomi serta menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, selain merupakan produk halal,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia