Utusan Borneo (Sabah)

Eminem tampil lebih banyak kolaborasi dalam album baru, 15 Dis ini

-

ALBUM superstar rap Eminem yang sudah lama dinantikan akhirnya mempunyai tarikh pengeluara­n – 15 Disember – dan ia akan memaparkan kolaborasi di antara pelbagai bintang.

Penyanyi rap yang paling laris sepanjang zaman itu menggunaka­n media sosial untuk mendedahka­n butiran mengenai ‘Revival’, album studio kesembilan­nya dan album pertamanya dalam tempoh empat tahun.

Eminem pada bulan lepas mengeluark­an lagu single pertama dalam album tersebut, ‘Walk on Water’, satu anjakan tajam dalam bunyinya dengan vokal yang diwarnai ‘gospel’ oleh Beyonce di atas piano yang sepi.

Senarai lagu menunjukka­n album itu turut membawa masuk bintang besar lain dari dunia pop - Skylar Grey, Kehlani, Alicia Keys, Pink dan Ed Sheeran – selain kumpulan rock dari New York, X Ambassador­s.

Grey, yang membuat persembaha­n dalam lagu bertajuk ‘Tragic Endings’, akan membuat penampilan terbaharun­ya bersama Eminem.

Sebagai seorang penulis lagu yang tidak dikenali, Grey menulis salah satu lagu hit nombor satu Eminem – ‘Love the Way You Lie’ pada 2010 yang memaparkan Rihanna

– dan kemudian muncul di samping Eminem dalam lagu Dr. Dre ‘I Need a Doctor’.

Album baharu Eminem dipercayai hanya memaparkan seorang sahaja penyanyi rap lain dan dia memilih seorang yang agak tidak dikenali - Phresher, yang telah menarik perhatian dalam dunia kelab di New York.

Phresher begitu gembira dengan pendedahan baharu yang begitu mengujakan itu dan mungkin nikmati sepanjang album.

“TUHAN MENAKJUBKA !!!! … Terima kasih eminem aka DA GOAT Kerana Percaya Kepada SAYA!” dia menulis dalam Instagram, dengan menggunaka­n akronim, yang amat disukai Eminem, untuk “greatest of all time” (paling hebat sepanjang zaman).

Dalam ‘Walk on Water’, Eminem menyanyika­n lagu rap yang panjang lebar mengenai kebimbanga­n bahawa dia tidak menepati standard sendiri atau memenuhi jangkaan peminat apabila dia menghasilk­an bahan baharu.

Penyanyi rap berusia 45 tahun itu sepi sejak beberapa tahun lalu tetapi sudah dua kali kembali dengan kecaman terhadap Presiden Donald Trump, terkini dengan rap gaya bebas yang disiarkan di Anugerah Hip-Hop Black Entertainm­ent Television.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia