Utusan Borneo (Sabah)

Mandatori adaptasi novel ‘crime thriller’ popular bakal cetus fenomena baru

-

SELEPAS dari kejayaan filem ‘Tombiruo’ yang berjaya mencatat kutipan pecah panggung melebihi RM8 juta, sebuah lagi adaptasi karya agung milik ‘Novelis Thriller Nombor Satu Malaysia’, Ramlee Awang Murshid bakal diangkat Astro dan kali ini akan menemui penonton menerusi saluran Astro First Eksklusif dan platform digital ‘on demand’ mulai 14 Disember.

Astro dengan kerjasama Ideate Media (penerbit bersama ‘Tombiruo’) kini mengadapta­sikan salah satu novel terkemuka milik penulis prolifik, Ramlee Awang Murshid berjudul ‘Mandatori’ ke bentuk visual untuk tontonan masyarakat umum.

‘Mandatori’, mini siri bergenre ‘crime thriller’ ini hadir dalam enam episod (berdurasi satu jam setiap satu) diterajui nama-nama besar seperti Aeril Zafrel, Siti Saleha, Alvin Wong, Iedil Putra, Dato’ A. Tamimi Siregar, Vanidah Imran, Susan Lankaster, Jo Kuka-thas, Meor Hashim Manap, Amerul Affendi, Chew Kin Wah dan ramai lagi.

Novel ‘Mandatori’ merupakan salah satu dari 35 karya tulisan milik Ramlee yang masih lagi mendapat tempat di hati ramai dan ia terbukti apabila kebanyakan hasil penulisan beliau diulang cetak untuk menepati permintaan ramai.

Ia pertama kalinya diterbitka­n pada tahun 2003 oleh Alaf 21 Sdn Bhd, anak syarikat Grup Buku Karangkraf.

‘Mandatori’ menjanjika­n sebuah pengalaman terhebat untuk penonton oleh kerana jalan penceritaa­nnya yang digarap kemas, disokong kuat dengan babak-babak yang mendebarka­n dengan aksi-aksi suspen lagi ganas, dan yang paling utama, setiap adegan berjaya diterjemah­kan dengan begitu baik sekali oleh kesemua pengemudi watak.

Ia diarahkan oleh sutradara hebat, Razaisyam Rashid yang sebelum ini terkenal dengan filem ‘CEO’ dan pernah dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2016.

Lokasi utama penggambar­an ‘Mandatori’ telah dijalankan di sekitar Lembah Klang serta mengambil masa 35 hari untuk diselesaik­an.

Menurut Sharmin Parameswar­an, Ketua Saluran Astro First Eksklusif & Astro Best, pada hari ini, ramai di kalangan penggiat seni terutamany­a penerbit, pengarah dan juga pelakon membuat pelaburan ke atas kandungan yang bersifat universal dan boleh dipasarkan di peringkat serantau dan antarabang­sa.

“‘Mandatori’ merupakan salah satu contoh terbaik sebuah kandungan yang sarat dengan nilai kebolehpas­aran dan boleh dibawa menjelajah ke luar negara. Hasil akhir yang dipersemba­hkan kepada kami ternyata sehebat karya yang dizahirkan oleh barisan

Siti Saleha.

produksi antarabang­sa.

“Jalan penceritaa­nnya ternyata ‘luar dari kebiasaan’. Kesan efek khas dan aspek sinematogr­afinya cukup hebat. ‘Mandatori’ diasak dengan pelbagai babak aksi yang mendebarka­n, pergelutan, drama, khianat dan dendam kesumat.”

Tambahnya, “Ideate Media, produksi di sebalik kejayaan ‘Tombiruo’ sekali lagi berjaya mendorong ‘A-team’ mereka yang pada kali ini dikemudi oleh saudara Razaisyam Rashid menterjema­hkan karya yang diadaptasi dari novel popular ini ke skrin televisyen dengan cukup baik sekali. Kami merasakan struktur produksi on and off the screen ‘Mandatori’ adalah sehebat penerbitan Hollywood. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.”

 ??  ?? AKAN DATANG: Pelakon utama ‘Mandatori’ iaitu (dari kiri) Aeril Zafrel, Alvin Wong dan
AKAN DATANG: Pelakon utama ‘Mandatori’ iaitu (dari kiri) Aeril Zafrel, Alvin Wong dan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia