Utusan Borneo (Sabah)

Mandatori adaptasi novel bakal cetus fenomena baru

Sebelum perluas PTPTN kepada pelajar luar negara

-

JOHOR BAHRU: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu memastikan proses bayaran balik pinjaman berjalan lancar sebelum boleh diperluask­an kepada pelajar luar negara, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata sekalipun kutipan menunjukka­n peningkata­n sejak tahuntahun kebelakang­an ini, perkara itu masih boleh ditambah baik.

“Kutipan boleh dibaiki lagi. Dua tahun lepas kutipan bayaran adalah RM2 bilion, tahun lalu RM3.4 bilion dan kita jangka tahun ini kutipan lebih RM4 bilion. Angka ini boleh diperbaiki lagi, bermakna rakyat Malaysia faham dan mula bayar semula,” katanya pada Isnin.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis menandatan­gani sijil kolaborasi di antara Jabatan Pendidikan Politeknik dan MMC Corporatio­n Berhad di Pelabuhan Tanjung Pelepas di sini.

Mengulas lanjut, Idris berkata untuk membolehka­n PTPTN diperluas kepada pelajar negara, Akta PTPTN perlu dipinda memandangk­an ia ditubuhkan hanya untuk mengurus pinjaman pendidikan tinggi dan mengutip bayaran balik pinjaman bagi pengajian dalam negara.

“Kena pergi Parlimen kalau hendak bawa (pinda) tetapi kita lupa PTPTN sebelum ini ada masalah kewangan dua tahun dulu, jadi, bayar dahulu (pinjaman) jangan cepat hendak suruh… (diperluas kepada pelajar luar negara),” katanya.

Pada 6 Dis lepas, Puteri UMNO dilaporkan mahu pembiayaan pendidikan PTPTN diperluas kepada pelajar Malaysia di luar negara bagi membantu meringanka­n kos hidup pelajar terbabit. Ketuanya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata PTPTN boleh berperanan sebagai alternatif buat pelajar negara di seberang laut yang kini bergantung kepada pinjaman dan biasiswa daripada entiti seperti Jabatan Perkhidmat­an Awam dan Majlis Amanah Rakyat. - Bernama

“Kutipan boleh dibaiki lagi. Dua tahun lepas kutipan bayaran adalah RM2 bilion, tahun lalu RM3.4 bilion dan kita jangka tahun ini kutipan lebih RM4 bilion. Angka ini boleh diperbaiki lagi, ” bermakna rakyat Malaysia faham dan mula bayar semula. DATUK SERI IDRIS JUSOH Menteri Pendidikan Tinggi

 ??  ??
 ?? - Gambar BERNAMA ?? IDRIS (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen antara Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporatio­n Berhad Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh (kiri) dengan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Prof Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz...
- Gambar BERNAMA IDRIS (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen antara Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporatio­n Berhad Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh (kiri) dengan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Prof Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia