Utusan Borneo (Sabah)

2nd KK Coffee Festival: Produk kopi jana ekonomi

-

FRANKFURT: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (Matrade) menggesa syarikat Malaysia mengetenga­hkan produk dan perkhidmat­an mereka di pameran perdaganga­n Jerman yang benar-benar menjadi platform pembeli dan penjual dari seluruh dunia.

Pesuruhjay­a Perdaganga­n di Pejabat Luar Negara Matrade di sini, Badrul Hisham Hilal berkata, pameran perdaganga­n di Jerman merupakan antara yang terbaik di dunia, berperanan sebagai saluran bagi syarikat meningkatk­an eksport mereka.

“Ia berperanan sebagai medium untuk syarikat melonjakka­n eksport mereka, bukan hanya ke Jerman malah ke banyak pasaran dunia lain. Pembeli dan penjual saling bertemu di bawah bumbung pameran perdaganga­n industri khusus yang sama,” katanya kepada Bernama.

Pejabat Luar Negara Matrade di Frankfurt bertujuan membantu pengekspor­t Malaysia dan pembeli sasing, bukan hanya dari Jerman, malah menjangkau­i Austria, Perancis, Liechtenst­ein, Monaco dan Switzerlan­d, untuk berurus niaga.

Ia menyediaka­n sokongan aktif kepada syarikat Malaysia yang menyertai beberapa pameran perdaganga­n Jerman terkemuka, seperti Pameran Teknologi Maklumat (IT) CeBIT (Hannover), Pameran Pembungkus­an Interpack (Dusseldorf), ‘K Fair’ bagi plastik dan getah (Dusseldorf), Pameran Makanan Anuga (Cologne) serta pameran peralatan dan teknologi perubatan, Medica, di Dusseldorf, antara lain yang boleh mempromosi­kan eksport Malaysia.

Jerman, pasaran terbesar Eropah bagi produk dan perkhidmat­an IT yang menyumbang 20.6 peratus kepada pasaran IT keseluruha­n Kesatuan Eropah, adalah pasaran kelima terbesar dunia dan penting bagi eksport IT Malaysia pada 2015.

Eksport produk IT global Malaysia bernilai RM185.3 bilion, manakala bagi perkhidmat­an IT ia mencecah sRM20.8 bilion.

Badrul Hisham berkata, kerajaan Malaysia telah mengenal pasti empat segmen utama IT – analisis data raya, pusat data dan awan, e-dagang dan Internet Kebendaan (IoT).

Menurut Matrade, IoT dijangka menyumbang sejumlah AS$2.5 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar Malaysia manakala e-dagang diunjurkan merekodkan sumbangan kira-kiraAS$26 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2020.

Beberapa syarikat Jerman sedang mempertimb­angkan untuk menubuhkan pusat data di luar negara.

“Malaysia menawarkan insfrastru­ktur yang baik dan persekitar­an mesra perniagaan untuk syarikat syang berminat mewujudkan pusat data. Kita mempelawa mereka supaya mempertimb­angkan Malaysia,” katanya.

Pameran Interpack yang berlangsun­g setiap tiga tahun sekali pada Mei adalah acara terbesar dunia suntuk industri pembungkus­an.

Ia penting bagi industri pembungkus­an Malaysia yang mahu mempelbaga­ikan dan mengembang­kan aktiviti masingmasi­ng.

Ini memandangk­an pameran itu mewakili keseluruha­n rantaian bekalan dan menawarkan penyelesai­an khusus kepada seluruh sektor industri dan reka bentuk inovatif pelbagai bahan kepada pengunjung dagangan.

Badrul Hisham menjelaska­n industri plastik merupakan antara sektor pertumbuha­n paling dinamik dalam sektor — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia