Utusan Borneo (Sabah)

Rasuah pegawai PPM: Buruh dipenjara, denda RM20,000

Cuba rasuah pegawai PPM

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Gara-gara mahu melepaskan kawannya, cubaan seorang buruh warga asing merasuah pegawai Pasukan Polis Marin (PPM) menerima padah apabila dihukum penjara dua hari dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, Isnin.

Santos Samsul, 27, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Abu Bakar Manat untuk dua pertuduhan menawarkan wang suapan RM100 dan RM300 kepada pengadu.

Mahkamah turut memerintah­kan Santos menjalani hukuman tambahan penjara selama dua bulan jika gagal membayar hukuman denda yang dikenakan terhadap dirinya.

Menerusi kedua-dua pertuduhan terbabit, Santos dihukum penjara sehari dan denda RM10, 000 atau tambahan satu bulan penjara bagi setiap kesalahan yang dilakukann­ya.

Kedua-dua pertuduhan berkenaan dibacakan mengikut peruntukan Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana cubaan memberi suapan.

Pada masa sama, mahkamah turut memutuskan pelucutan hak wang tunai milik tertuduh berjumlah RM300 kepada kerajaan mengikut peruntukan Seksyen 40 Akta SPRM 2009.

Berdasarka­n fakta kes, tertuduh datang ke Pangkalan PPM Semporna pada 22 November antara jam 12 tengahari hingga 5.17 petang untuk membantu kawannya, Alvin Rudi.

Santos berjumpa dengan pengadu dan menawarkan wang suapan RM100 dan RM300 untuk melepaskan Alvin yang ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Pada hari keesokanny­a, pengadu membuat aduan di Pejabat SPRM Tawau serta menyerahka­n Santos dan wang tunai RM300 kepada SPRM Tawau untuk tindakan lanjut.

Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa SPRM Awang Samsul Baharom Bungso dan Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 ??  ?? SANTOS (kiri) diiringi pegawai SPRM selepas dijatuhkan hukuman.
SANTOS (kiri) diiringi pegawai SPRM selepas dijatuhkan hukuman.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia