Utusan Borneo (Sabah)

`Hanya khabar angin’

Desas-desus mengenai Annuar Musa kembali ke MARA

-

KUALA LUMPUR: Desasdesus bahawa bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa akan kembali memegang jawatan dalam Syarikat Pelaburan MARA Berhad (PMB) adalah tidak benar.

Pengerusi Mara Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata setakat ini beliau tidak menerima sebarang arahan rasmi berhubung perkara itu.

“Mungkin ia hanya ‘rumors’ (khabar angin)… semuanya hanya desas desus kerana secara rasminya tidak ada,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Polisi Perlindung­an Pemberi Maklumat Mara dan Ikrar Bebar Rasuah (IBR) di sini, pada Isnin.

Pada 31 Jan lepas, MARA menggantun­g tugas anggota Parlimen Ketereh itu sebagai pengerusi Mara dan PMB bagi membolehka­n audit dalaman agensi itu menyiasat isu penajaan PMB dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan bola sepak Kelantan.

Pada 3 Feb lepas, Annuar memberi maklumat bagi membantu siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewen­gan dan salah guna kuasa sebagai pengerusi MARA.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata SPRM telah melengkapk­an siasatan kes Annuar berhubung isu penajaan PMB dan UniKL untuk pasukan bola sepak Kelantan beberapa bulan lepas.

“Kertas siasatan telah siap dan telah dikemukaka­n kepada Timbalan Pendakwa Raya dan belum ada lagi keputusan.

“Pihak MARA sendiri ada melakukan siasatan dalaman dan tindakan siasatan sudah diambil jadi tunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Dalam pada itu, Azam berkata majikan yang mengenakan tindakan tidak wajar seperti buang kerja ke atas pekerjanya boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perlindung­an Pemberi Maklumat 2010 iaitu membayar pampasan, mengambil pekerja terbabit bekerja semula atau boleh didakwa di mahkamah.

Terdahulu, kira-kira 600 kakitangan Mara melafazkan IBR dalam usaha menggerakk­an kesedaran seluruh pimpinan dan warga Mara tentang pentingnya menolak amalan rasuah dan salah guna kuasa. Turut hadir, Ketua Pengarah Mara Datuk Azhar Abdul Manaf. -Bernama

“Mungkin ia hanya ‘rumors’ (khabar angin)… semuanya hanya desas desus kerana secara rasminya tidak ada.

DATUK DR AWANG ADEK HUSSIN Pengerusi Mara

 ??  ?? ANNUAR MUSA
ANNUAR MUSA
 ??  ?? AWANG ADEK
AWANG ADEK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia