Utusan Borneo (Sabah)

FPF desak polis ambil tindakan segera terhadap Zaid Ibrahim

-

GEORGE TOWN: Penang Front Party (PFP) mendesak polis menjalanka­n siasatan dan mengambil tindakan segera ke atas anggota DAP Datuk Zaid Ibrahim berikutan tindakanny­a yang dilapor menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah di laman Twitter pada 5 Dis lepas.

Pengerusi PFP Datuk Patrick Ooi berkata perbuatan itu bukan sahaja satu penghinaan kepada Sultan Selangor malah biadap terhadap insitusi RajaRaja Melayu.

“Sebagai seorang ahli politik dan peguam, beliau tidak sepatutnya mengeluark­an kenyataan sedemikian kerana ia jelas bertentang­an dengan Rukun Negara dan kami rakyat Malaysia tidak boleh berkomprom­i dengan tindakanny­a itu.

“Jadi PFP mengesa polis mengambil tindakan segera dengan menahan Zaid supaya siasatan terperinci dapat dijalankan lagipun masyarakat tidak perlukan seorang anggota politik seperti beliau, seorang yang biadap,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini, pada Isnin.

Turut membuat laporan polis bagi mendesak anggota DAP itu disiasat dan dikenakan tindakan ialah Ketua Pemuda PFP Liew Ee Jin.

Ooi berkata kenyataan yang dikeluarka­n oleh Zaid itu juga boleh menimbulka­n ketegangan dan memecahbel­ah hubungan kaum selain berbaur hasutan yang dikhuatiri boleh mendorong rakyat Malaysia melakukan tindakan sama.

Beliau juga menyifatka­n menyifatka­n perbuatan Zaid itu sebagai agenda terancang memupuk kebencian antara kaum menjelang pilihan raya umum ke-14.

“Walaupun mempunyai fahaman politik berbeza namun kenyataan penghinaan ke atas institusi diraja tidak sepatutnya berlaku kerana menyentuh sensitivit­i kaum,” katanya. Menerusi Twitter, Zaid mempertika­ikan titah Sultan Selangor yang antara lainnya menegur bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan menghina Bugis. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia