Utusan Borneo (Sabah)

FELCRA agih dividen interim kedua RM101.5 juta

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

BANTING: FELCRA Berhad, sebuah agensi di bawah Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), mengumumka­n pengagihan dividen interim kedua berjumlah RM101.5 juta kepada 70,856 peserta FELCRA Berhad di seluruh negara bagi tahun 2017.

Menterinya Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, agihan dividen itu merupakan hasil projek tanaman kelapa sawit dan getah di tanah kerajaan dan milik peserta dengan keluasan keseluruha­n 97,280 hektar.

“Jumlah pendapatan diperolehi dari kedua-dua tanaman kelapa sawit dan getah sehingga September 2017 adalah sebanyak RM819,93 juta.

“Manakala jumlah perbelanja­an dalam kos operasi khidmat pemasaran dan caj pengurusan adalah sebanyak RM413,85 juta.

“Bagi keuntungan kasar ladang yang diperoleh sehingga September lalu sebanyak RM406.07 juta.

“Selepas ditolak potongan wajib seperti bayaran balik hutang kerajaan persekutua­n dan negeri, tabung tanam semula serta lainlain potongan, keuntungan bersih boleh diagihkan adalah sebanyak RM101.48 juta,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengisytih­aran Agihan Dividen Interim 2/2017 Peserta-Peserta FELCRA Berhad di Kolej MARA Banting, Ahad lalu.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi FELCRA Berhad Dato’ Sri Bung Moktar Radin, Pengarah Kolej MARA Banting Dato Tamam Jonid, Ketua Pengarah Seranta FELCRA Berhad Dato’ Dr Najmil Faiz Mohd Aris, Pengurus Besar Wilayah FELCRA Berhad Tengah Ahmad Salleh dan kira-kira 500 peserta FELCRA Berhad Bukit Changgang dari Sepang.

PENCAPAIAN HASIL TANAMAN KELAPA SAWIT DAN GETAH

Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam ucapannya pada majlis itu turut menjelaska­n pencapaian hasil tanaman kelapa sawit dan getah sehingga September 2017.

“Sebanyak 1.49 juta tan metrik kelapa sawit dituai berbanding 1.60 juta tan metrik bagi tempoh sama tahun lalu.

“Penurunan hasil kelapa sawit adalah sebanyak 112,982 tan metrik atau susut 7.03 peratus berbanding tahun lalu disebabkan sebahagian besar usia pokok melebihi 20 tahun dan sesuai untuk ditanam semula.

“Bagi hasil getah, sebanyak 25,545.175 kilogram (kg) dikeluarka­n berbanding 6,434.092 kg untuk tempoh sama tahun lalu dan penurunan hasil getah sebanyak 2,372.717 kg iaitu susut 36.88 peratus berbanding 2016.

“Hal ini disebabkan keluasan berhasilny­a berkuranga­n apabila seluas 1,220 hektar ditanam semula,” katanya.

UNJURAN PEMBAYARAN DIVIDEN BAGI TAHUN KEWANGAN 2017

Menurut beliau lagi, bagi tahun ini FELCRA Berhad menyasarka­n jangkaan jumlah dividen dapat dibayar kepada peserta keseluruha­n adalah sebanyak RM365.18 juta.

“Sasaran ini dilihat realistik tanpa mengambil kira faktor seperti bencana banjir yang biasanya pada hujung tahun. Seterusnya, baki akhir dividen akan dibayar kepada peserta selepas penutupan akaun tahun kewangan 2017 pada 31 Disember ini,” katanya.

Keuntungan hasil ladang dibayar tiga kali setahun iaitu bayaran dalam bentuk interim pertama, interim kedua dan akhir.

Bagi dividen interim 2/2017 ini, secara purata dianggarka­n bagi setiap 0.99 hektar tanah para peserta FELCRA Berhad bakal mendapat dividen RM3,000 dan bayaran akan dimulakan pada 11 Disember 2017.

Pada masa sama, menurut Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, pihaknya juga bersedia berbincang dengan mana-mana kerajaan negeri yang mempunyai tanah sesuai diusahakan untuk membuka peluang kepada lebih ramai belia menjadi peserta FELCRA Berhad.

“FELCRA sentiasa bersedia untuk bekerjasam­a dengan mana-mana kerajaan negeri bagi tujuan tersebut. Kita sendiri lihat bahawa harga komoditi bagi tahun ini meningkat berbanding tahun lepas.

“Ia sebagai galakan untuk para belia menceburi bidang perladanga­n dan komoditi yang menjanjika­n pulangan lumayan,” katanya. — Gambar ihsan Facebook FELCRA Berhad

 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berucap pada Majlis Pengagihan Dividen Interim 2/2017 Peserta FELCRA Berhad di Kolej MARA Banting, Ahad lalu. — Gambar ihsan Facebook FELCRA Berhad
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berucap pada Majlis Pengagihan Dividen Interim 2/2017 Peserta FELCRA Berhad di Kolej MARA Banting, Ahad lalu. — Gambar ihsan Facebook FELCRA Berhad
 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyampaik­an agihan dividen interim 2/2017 kepada wakil peserta FELCRA Berhad Wilayah Tengah sambil disaksikan Dato’ Sri Bung Moktar Radin di Kolej MARA Banting, Kuala Langat Ahad lalu. — Gambar ihsan Facebook FELCRA Berhad
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyampaik­an agihan dividen interim 2/2017 kepada wakil peserta FELCRA Berhad Wilayah Tengah sambil disaksikan Dato’ Sri Bung Moktar Radin di Kolej MARA Banting, Kuala Langat Ahad lalu. — Gambar ihsan Facebook FELCRA Berhad
 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyampaik­an agihan dividen interim 2/2017 kepada wakil peserta FELCRA Berhad sambil disaksikan Dato’ Sri Bung Moktar Radin pada majlis di Kolej MARA Banting, Ahad lalu.
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyampaik­an agihan dividen interim 2/2017 kepada wakil peserta FELCRA Berhad sambil disaksikan Dato’ Sri Bung Moktar Radin pada majlis di Kolej MARA Banting, Ahad lalu.
 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob bergambar bersama para peserta FELCRA Berhad di Kolej MARA Banting, Ahad lalu. Turut kelihatan Dato’ Sri Bung Moktar Radin. — Gambar ihsan Facebook FELCRA Berhad
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob bergambar bersama para peserta FELCRA Berhad di Kolej MARA Banting, Ahad lalu. Turut kelihatan Dato’ Sri Bung Moktar Radin. — Gambar ihsan Facebook FELCRA Berhad
 ??  ?? Bagi dividen interim 2/2017 ini, secara purata dianggarka­n bagi setiap 0.99 hektar tanah para peserta FELCRA Berhad bakal mendapat dividen RM3,000 dan bayaran akan dimulakan pada 11 Disember 2017. — Gambar ihsan Facebook FELCRA Berhad
Bagi dividen interim 2/2017 ini, secara purata dianggarka­n bagi setiap 0.99 hektar tanah para peserta FELCRA Berhad bakal mendapat dividen RM3,000 dan bayaran akan dimulakan pada 11 Disember 2017. — Gambar ihsan Facebook FELCRA Berhad
 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra bersama peserta FELCRA Berhad di Kolej MARA Banting, Kuala Langat Ahad lalu. — Gambar ihsan Facebook FELCRA Berhad
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra bersama peserta FELCRA Berhad di Kolej MARA Banting, Kuala Langat Ahad lalu. — Gambar ihsan Facebook FELCRA Berhad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia