Utusan Borneo (Sabah)

The Citizens bermaharaj­alela di Old Trafford

-

LONDON, England: Manchester City semakin melangkah bergaya untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas pendahulu liga itu menewaskan Manchester United 2-1 untuk menyamai rekod liga memenangi 14 perlawanan berturut-turut sementara gol lewat Wayne Rooney membolehka­n Everton mengikat Liverpool 1-1 di Anfield Ahad lepas.

City kini berkongsi rekod dengan Arsenal, yang dicipta di antara Februari dan Ogos 2002 hasil gol kemenangan Nicolas Otamendi dalam separuh masa kedua.

Kemenangan itu membolehka­n skuad kendalian Pep Guardiola kini 11 mata di hadapan United, yang tewas buat kali pertama di Old Trafford dari 41 perlawanan dalam semua pertanding­an.

Kemenangan terbaharu Guardiola ke atas rakan sejawatann­ya, Jose Mourinho di United mungkin mengurangk­an saingan kejuaraan liga kerana ia memerlukan satu malapetaka untuk City mensia-siakan kelebihan 11 mata.

Mourinho sendiri mengakui tidak mampu menyaingi City: “Mungkin ya. Kelebihan mata mereka sangat besar.”

United merasakan mereka seharusnya mendapat tendangan penalti lewat ekoran cabaran Otamendi ke atas Ander Herrera tetapi pemain tengah United itu bagaimanap­un dilayangka­n kad kuning kerana sengaja menjatuhka­n diri.

“Manchester City adalah pasukan yang sangat bagus dan mereka dilindungi oleh tuah, dan tuhan bola sepak juga di belakang mereka,” kata Mourinho ketika bercakap tentang keputusan itu.

Guardiola menolak rungutan Mourinho dan memberitah­unya untuk berhenti mencari alasan.

“Musim lepas ia adalah sama – kami menang di sini dan ia adalah berpunca dari pengadil. Hari ini juga sama. Semalam (Jumaat) beliau bercakap tentang pengadil. Kami adalah pasukan yang jujur,” katanya.

“Kami menguasai 75 peratus bola, bermakna kami sebenarnya mahu bermain. Kami datang ke sini dan melakukann­ya.’

Selepas menguasai separuh masa pertama, asakan demi asakan City membuahkan hasil pada minit ke-43 apabila tendangan sudut Kevin De Bruyne disempurna­kan oleh David Silva.

United bagaimanap­un dihadiahka­n gol penyamaan pada minit akhir sebelum rehat apabila pemain pertahanan City, Fabian Delph gagal menolak bola dengan kemas, membolehka­n Marcus Rashford mencuri peluang untuk merembat bola ke pintu gol.

United bagaimanap­un mengulangi kesilapan yang sama yang dilakukan oleh City pada minit ke-54 apabila tendangan percuma Silva sepatutnya dikeluarka­n dengan mudah oleh penyerang Romelu Lukaku tetapi bola tendangann­ya terkena pertahanan United, Chris Smalling dan melambung ke arah Otamendi untuk melakukan penyudah.

Di Anfield, Liverpool membuka jaringan pada pertemuan ke-229 keduadua kelab berjiran menerusi rembatan cantik Mohamed Salah pada minit ke-42.

Ia adalah gol ke-13 Salah dari 12 perlawanan dan yang ke-19 beliau dalam semua pertanding­an musim ini tetapi Liverpool gagal mencari gol untuk menamatkan saingan Everton.

Everton mengekalka­n permainan berdisipli­n dan akhirnya menerima tendangan penalti apabila Dejan Lovren merempuh Dominic Calvert-Lewin dalam kotak penalti.

Rooney, yang kembali ke kelab asalnya dari Manchester United pada bulan Julai, menjaringk­an gol pertama dalam kerjayanya untuk perlawanan berjiran Merseyside ini ketika berbaki 13 minit permainan.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp naik berang dengan keputusan pemberian tendangan penalti.

“Saya tidak faham apa yang dilakukan oleh pengadil. Lovren tidak melakukan asakan,” kata Klopp.

“Jika anda fikir ia satu tendangan penalti, biarlah. Adakah pandangan saya mengubah apa-apa? Saya hanya mahu bersuara kepada mereka dengan sedikit pemahaman tentang bola sepak.”

Pada perlawanan lain, gol penyamaan lewat Olivier Giroud memastikan Arsenal pulang dengan satu mata di

— Gambar Reuters Southampto­n selepas seri 1-1.

Arsenal kelihatan akan mengalami kekalahan kedua berturut-turut di tempat sendiri selepas tewas kepada Manchester United minggu lepas apabila Charlie Austin membuka jaringan buat Southampto­n seawal minit ketiga.

Tetapi Giroud mengikat kedudukan ketika berbaki dua minit permainan dari umpanan Alexis Sanchez, tidak lama selepas dimasukkan sebagai pemain gantian. — AFP

 ??  ?? ROONEY (depan) ceria selepas menjaringk­an gol penyamaan Everton pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool di Anfield, Liverpool Ahad lepas.
ROONEY (depan) ceria selepas menjaringk­an gol penyamaan Everton pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool di Anfield, Liverpool Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia