Utusan Borneo (Sabah)

Barracuda berhadapan The Blues di akhir

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Barracuda FC akan berhadapan The Blues FC dalam perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Tawifiq DSP Haji Abu Bakar Titingan 2017 di Stadium Likas pada 16 Disember.

Barracuda menewaskan Juta FC menerusi keputusan 4-2 dalam aksi separuh akhir pertama sambil The Blues mencipta sejarah menundukka­n Terra Queen FC dalam aksi separuh akhir kedua yang sengit berkesudah­an 3-2.

Pengurus merangkap jurulatih The Blues, Nickho Unui ditemui selepas perlawanan berakhir pada Ahad amat teruja dengan kejayaan anak-anak buahnya itu.

“Kita menganggap Terra Queen sebagai pasukan pilihan untuk mara ke peringkat akhir kejohanan ini kerana kelab itu dibarisi beberapa pemain yang pernah mewakili pasukan kebangsaan dan Sabah FA.

“Namun keputusan disebalikn­ya. Kelebihan itu tidak membuatkan pemain The Blues gentar, sebaliknya telah berjuang berhabis-habisan untuk memperoleh kemenangan dan seterusnya meletakkan diri mereka setaraf dengan pemainpema­in ternama dalam pasukan lawan,” jelas beliau.

“Pesan saya kepada anak-anak buah saya, ‘fight untill the end’ (berjuang sehingga ke saat terakhir). Mereka ada Sumardi Hajalan yang pernah bermain untuk pasukan kebangsaan dan Mafry Balang bekas pemain Sabah FA dan bermain bersama Sarawak dalam saingan Liga Super.

“Tetapi, ‘level’ kamu adalah sama jika sudah sampai ke peringkat ini.

“Tiada yang mustahil dalam perlawanan ini jika kamu percaya kepada rakan sepasukan dan yakin kamu boleh lakukannya. Hasilnya, mereka telah bukitkan malam ini dan mereka berhak beraksi di ‘final’,” jelas Nickho.

Perlawanan separuh akhir yang juga berlangsun­g di Stadium Likas itu menyaksika­n The Blues telah mendominas­i sepanjang masa pertama perlawanan dan berjaya mendapatka­n jaringan pertama melalui Mohd. Hairee hasil gerakan solo.

Tersentak dengan jaringan itu, Terra Queen telah mengatur strategik dengan menggandak­an asakan dan berjaya mendapatka­n gol penyamaan melalui Mafry Balang menjadikan kedudukan 1-1.

Melihat kebangkita­n Terra Queen, The Blues telah membalas serangan dengan gerakan satu dua dan Mohd Hairee berjaya menjaringk­an gol kedua peribadiny­a seterusnya meletakkan The Blues mendahului 2-1.

Hasil serangan bertali arus oleh para pemain The Blues ke kubu lawan, mereka berjaya mendapatka­n jaringan ketiga melalui Jerianuntu­k menutup masa pertama permainan dengan keputusan 3-1.

Memasuki babak kedua permainan, Terra Queen mula memberi tekanan ke atas The Blues hasil gerakan Sumardi Hajalan dan Mafry Balang, namun asakan mereka dapat disekat oleh pemainpema­in The Blues.

Hasil serangan bertubi-tubi Terra Queen ke atas kubu The Blues, mereka berjaya memperoleh­i jaringan kedua melalui Sumardi Hajalan meletakkan kedudukan 3-2, tetapi kedudukan itu kekal sehinggala­h ke tiupan wisel penamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia