Utusan Borneo (Sabah)

Produk kopi jana ekonomi

Tiga syarikat Indonesia sertai 2nd KK Coffee Festival

-

“Kopi Indonesia kebanyakan­nya dieksport ke Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun serta negara lain. Setiap tahun, Indonesia mengekspor­t 350,000 tan yang terdiri dari 85 peratus kopi Robusta dan 15 peratus Kopi Arabica. ”

KOTA KINABALU: Tiga syarikat dari Indonesia menyertai 2nd KK Coffee Festival anjuran Borneo Cafe Alliance (BCA) yang diadakan di kompleks belibelah Suria Sabah, di sini, selama tiga hari.

Syarikat-syarikat itu ialah MadBottle Coffee Co dari Solo, Grobak Kopi dari Nunukan dan Kapal Api dari Jakarta.

Selain itu, dua syarikat juga terlibat secara tidak langsung sebagai pembekal biji kopi kepada syarikat tempatan, iaitu rakan kongsi mereka, Mountain Coffee Roasters dan Inch Coffee.

Antaranya, mungkin MadBottle yang paling menarik minat para pengunjung kerana ia merupakan satu-satunya gerai yang memperkena­lkan Coffee Cherry Tea.

Tajuknya agak mengeliruk­an. Coffee Cherry Tea? Kopi atau teh? Jawapannya ialah keduaduany­a, kopi dan teh. Ia kerana ‘daun’ teh itu adalah sebenarnya kulit biji kopi atau cherry yang biasanya dibuang.

Di negara Barat, kulit itu diikenali sebagai cascara. Rakan-rakan kongsi MadBottle, Bapak Boby Lokito dan Bapak Sindhu Rukmana sendiri berada di gerai mereka untuk memberi peneragan kepada pengunjung.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Raymond Tan yang merasmikan festival itu begitu tertarik dengan penjelasan Boby sehingga beliau mengatakan kepada Boby: “I like you.”

Raymond yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian juga mencuba sebotol Coffee Cherry Tea keluaran MadBottle.

Sementara itu, Grobak Kopi pimpinan Babak Muhammad Amir dari Nunukan juga terkenal dengan beberapa jenis produk kopinya.

Antara produknya yang terkenal ialah Energy Coffee yang dikatakan dapat menambah stamina dan kekuatan.

Mereka juga terkenal dengan Kopi Luwak yang harganya agak tinggi sikit. Bahkan ada yang menyifatka­nnya sebagai kopi termahal di dunia. Mengapa? Kopi Lu wak adalah diperbuat dari najis binatang luwak atau Civet dalam Bahasa Inggeris.

Luwak suka memakan biji kopi yang masak dan pandai pula memilih biji yang sedap atau wangi.Tetapi biji kopi yang ditelan itu masih ‘intact’ apabila keluar dari saluran najisnya.

Pada mulanya, petani yang tidak mampu membeli kopi sendiri mencubanya dan mendapati ia enak. Itu dulu.

Kini Kopi Luwak telah menjadi satu delikasi (justeru harganya mahal kerana sukar diperolehi) bukan sahaja di Indonesia tetapi juga di beberapa negara lain

terutama sekali Vietnam.

Iklan syarikat penerbanga­n MAS pernah berkata, “Jika minta kopi istimewa di Vietnam, berhati-hatilah sebab You May Get More Than What You Bargain

For .... ”. Iklan itu merujuk kepada kopi luwak (civet).

Sementara syarikat Kapal Api pula merupakan keluaran PT Santos Jaya Abadi terkenal bukan sahaja di Indonesia tetapi juga negara lain seperti Malaysia dengan kopi Kapal Apinya.

Indonesia merupakan pengeluar kopi yang keempat besar di dunia, selepas Brazil, Vietnam dan Columbia. Kopi merupakan salah satu ‘foreign exchange

earner’ yang penting bagi Indonesia.

Justeru, 67 peratus kopi keluaran Indonesia adalah dieksport dan hanya 33 peratus untuk penggunaan domestik.

Kopi Indonesia kebanyakan­nya dieksport ke Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun serta negara lain. Setiap tahun, Indonesia mengekspor­t 350,000 tan yang terdiri dari 85 peratus kopi Robusta dan 15 peratus Kopi Arabica.

Bukan sahaja itu, bahkan perusahaan kopi telah menjadi satu produk pelanconga­n di Indonesia di mana para pelancong boleh melawat ladang-ladang kopi di mana mereka berpeluang mengikuti proses dari pokok kopi sehingga minuman kopi.

Dua daripada ladang kopi yang menjadi tumpuan pelancong terdapat di Pulau Bali, iaitu Ladang Pulina dan Osing Kemiren Tourism Village.

 ??  ??
 ??  ?? RAYMOND mencuba sebotol Coffee Cherry Tea diperhatik­an oleh Boby (kanan). Di hujung ialah rakan kongsi Boby, Sindhu Rukmana.
RAYMOND mencuba sebotol Coffee Cherry Tea diperhatik­an oleh Boby (kanan). Di hujung ialah rakan kongsi Boby, Sindhu Rukmana.
 ??  ?? BOBY (kiri) menunjukka­n kulit biji kopi (Cascara) yang digunakan untuk membuat Coffee Cherry Tea manakala Konsul Hal Ehwal Ekonomi Republik Indonesia Hendro Retno Wulan memegang kulit kopi berkenaan.
BOBY (kiri) menunjukka­n kulit biji kopi (Cascara) yang digunakan untuk membuat Coffee Cherry Tea manakala Konsul Hal Ehwal Ekonomi Republik Indonesia Hendro Retno Wulan memegang kulit kopi berkenaan.
 ??  ?? (Gambar atas) BUNGKUSAN Cascara (kulit biji kopi) yang dipamerkan. Di depan ialah contoh kulit berkenaan.
(Gambar atas) BUNGKUSAN Cascara (kulit biji kopi) yang dipamerkan. Di depan ialah contoh kulit berkenaan.
 ??  ?? (Gambar kiri) MUHAMMAD Amir (kanan) dengan pembantuny­a di gerai Grobak Kopi dari Nunukan.
(Gambar kiri) MUHAMMAD Amir (kanan) dengan pembantuny­a di gerai Grobak Kopi dari Nunukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia