Utusan Borneo (Sabah)

MENTERI Mantapkan perpaduan sempena sambutan Krismas

- Oleh JOHAN AZIZ

di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata, sambutan perayaan Krismas menunjukka­n betapa negara ini menghargai setiap peranan dan sumbangan yang telah diberikan oleh warga negara ini yang dicerminka­n melalui keeratan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

Katanya, kepelbagai­an budaya dan perbezaan agama yang terdapat di negara ini tidak dapat ditemui atau wujud di mana-mana negara lain di dunia.

“Justeru, kita hendaklah sentiasa menghormat­i dan menghargai kepelbagai­an ini sebagai satu keunikan yang merupakan kunci kepada kemajuan sosioekono­mi negara,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Kabaktian dan Rumah Terbuka Natal SIB Kawasan Sook yang diadakan di dewan masyarakat Sook, Keningau pada Sabtu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pensiangan meminta rakyat agar menjadikan sambutan perayaan Hari Krismas sebagai asas untuk mengukuhka­n iltizam dan perpaduan sekali gus menolak sebarang pengaruh negatif pihak tertentu yang suka melihat rakyat pelbagai kaum saling prejudis dan bertelingk­ah antara satu sama lain.

“Marilah kita bersamasam­a mengorak langkah dan bersama-sama menyumbang kepada bumi tercinta Malaysia ini, ke arah kesejahter­aan dan keharmonia­n untuk terus membangun, menuju ke arah negara maju dan makmur,” katanya.

Menurut Kurup, amalan berkongsi perayaan dan menghormat­i perayaan kaum lain serta tradisi kunjung mengunjung di musim perayaan ini perlu diteruskan supaya ia kekal menjadi identiti masyarakat Malaysia yang unik lagi harmoni.

 ??  ?? KURUP (tengah) bersama pemimpin SIB, pemimpin masyarakat dan kanak-kanak memotong kek sebagai gimik perasmian majlis itu.
KURUP (tengah) bersama pemimpin SIB, pemimpin masyarakat dan kanak-kanak memotong kek sebagai gimik perasmian majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia