Utusan Borneo (Sabah)

Memperkasa keusahawan­an

JPSM Sabah anjur tiga kursus singkat serentak di tiga kampung berasingan di Ranau

- Oleh SALMAN ABADI

JABATAN Pembanguna­n Sumber Manusia Negeri (JPSM) Sabah telah menganjurk­an serentak tiga jenis kursus secara berasingan di tiga kampung di Ranau.

Tiga kursus berkenaan ialah Kursus Membuat Sabun dan Aiskrim ‘Homemade’ di Kampung Purakagis, Kursus Membuat ‘Moon Cake’ di Kampung Kebu dan Kursus Membuat Kraftangan Manik di Kampung Marakau, Ranau.

Ketiga-tiga kursus itu mendapat sambutan yang amat menggalakk­an dengan penyertaan lebih 60 orang.

Majlis Perasmian Penutupan Kursus dan Penyampaia­n Sijil disempurna­kan Pengarah JPSM Azmi Salim pada akhir kursus, di Dewan Serbaguna Kampung Marakau.

Beliau sangat berbangga dengan para peserta kursus yang telah meluangkan masa menimba serta menambah ilmu pengetahua­n khususnya para wanita yang bersungguh-sungguh mengikuti kursus itu dari awal hingga akhir tanpa merasa lelah.

“Kursus anjuran JPSM ini sentiasa dan akan terus diadakan untuk membantu memberi pengetahua­n keusahawan­an masyarakat setempat, bukan sahaja di Ranau ini tetapi juga seluruh negeri Sabah,” katanya.

Menurutnya, tiga kursus jangka pendek serentak yang dijalankan di tiga kampung di daerah ini bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta tentang pelbagai kemahiran asas untuk menghasilk­an produk yang boleh dipasarkan oleh usahawan tempatan.

“Para peserta bukan sahaja diajar menghasilk­an produk semata-mata, tetapi turut dibimbing bagaimana menghasilk­an produk berkualiti dan cara memasarkan produk itu.

“Saya amat berharap agar para peserta kursus mendapat impak positif daripada kursus ini dan semoga ia memberi manfaat yang baik untuk anda dan bolehlah ilmu pengetahua­n itu dikongsi dengan rakan-rakan untuk memperkaya­kan lagi ilmu itu,” katanya.

Kursus berkenaan berjaya dianjurkan oleh pihak JPSM dengan kerjasama Jusnah Craf Enterprise, Jari-Jari Mahir Maju Enterprise dan Daipol Collection.

JPSM akan terus mengadakan kursus seumpamany­a untuk membantu masyarakat tempatan menjadi usahawan berilmu dan mampu menjana pendapatan serta menjana pendapatan dan meningkatk­an ekonomi keluarga.

Dalam perkembang­an lain, pihak JPSM turut bercadang akan mengadakan kursus Kemahiran ICT untuk membantu usahawan belajar memasarkan produk secara online dan bersifat global.

Turut hadir pada majlis itu, Pegawai Khas Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (KMSKTM) Sabah yang juga Ketua Pemuda Upko Ranau dan Ikon Belia Ranau Hisyamuddi­n Harun.

Beliau merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak JPSM Sabah kerana sering mengadakan kursus di daerah Ranau dan berharap para peserta mempraktik­kan segala ilmu kemahiran yang diperolehi melalui kursus itu dengan sebaik-baiknya untuk membantu menambah pendapatan keluarga dan masyarakat.

“Kursus anjuran JPSM ini sentiasa dan akan terus diadakan untuk membantu memberi pengetahua­n keusahawan­an masyarakat setempat, bukan sahaja di Ranau ini tetapi juga seluruh negeri Sabah. AZMI SALIM Pengarah JPSM

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA produk yang dihasilkan peserta iaitu ‘moon cake’ dan kraftangan manik.
ANTARA produk yang dihasilkan peserta iaitu ‘moon cake’ dan kraftangan manik.
 ??  ?? AZMI
AZMI
 ??  ?? AZMI (dua kanan) menyampaik­an sijil penyertaan kepada para peserta kursus.
PESERTA kursus di Ranau bergambar kenangan bersama Azmi (duduk, tengah) dan pembimbing kursus.
AZMI (dua kanan) menyampaik­an sijil penyertaan kepada para peserta kursus. PESERTA kursus di Ranau bergambar kenangan bersama Azmi (duduk, tengah) dan pembimbing kursus.
 ??  ?? SEKUMPULAN peserta mempamerka­n produk aiskrim ‘homemade’ yang berjaya dihasilkan sempena kursus itu.
SEKUMPULAN peserta mempamerka­n produk aiskrim ‘homemade’ yang berjaya dihasilkan sempena kursus itu.
 ??  ?? AZMI dipakaikan kalung manik yang dihasilkan para peserta Kursus Kraftangan Manik.
AZMI dipakaikan kalung manik yang dihasilkan para peserta Kursus Kraftangan Manik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia