Utusan Borneo (Sabah)

Pusat Sumber DSDN SMK Rancha-Rancha bolot anugerah

-

PUSAT Sumber DSDN SMK Rancha-Rancha meneruskan kecemerlan­gan buat tiga tahun berturuttu­rut apabila membolot lima daripada enam kategori Anugerah Pengurusan Pusat Sumber pada Majlis Anugerah Teknologi Pendidikan Peringkat Negeri Wilayah Persekutua­n Labuan 2017 yang diadakan di Dewan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) WP Labuan.

Lima anugerah yang diterima oleh Pusat Sumber DSDN SMK RanchaRanc­ha itu ialah Guru Ikon GPM Sekolah Menengah, Pengurusan Nilam Terbaik Sekolah Menengah, Pusat Akses Terbaik Sekolah Menengah, Pusat Sumber 5 Bintang dan Anugerah Khas Pusat Sumber Cemerlang Sekolah-Sekolah WP Labuan.

Dalam kategori VLE Froq pula, SMK RanchaRanc­ha telah memenangi Anugerah Penggunaan VLE-Frog Terbaik 2017 keseluruha­n guru sekolah menengah dan Penggunaan VLE-Frog Terbaik 2017 keseluruha­n pelajar sekolah menengah.

Sebanyak 25 kategori anugerah yang merangkumi Anugerah Digital Story Telling, Pengurusan Data dan Maklumat Sekolah, Anugerah Laman Web, Ikon Guru Data, Guru Penyelaras Bestari/ICT, Guru Perpustaka­an dan Media, Anugerah Juruteknik Komputer, Anugerah Pengurusan Nilam, Anugerah VLE, Anugerah Pembestari­an Sekolah dan Anuegarah Kelab Komputer Penggerak Digital telah dianugerah­kan kepada sekolah-sekolah yang berjaya dengan cemerlang sepanjang tahun 2017 mengikut kategori anugerah yang dipertandi­ngkan.

Ketika menyampaik­an ucapan alu-aluannya, Ketua Penolong Pengarah BTPN WP Labuan Awang Marten Haji Abd Rahman mengucapka­n syabas kepada sekolah dan guru yang menerima anugerah supaya meneruskan budaya cemerlang dalam bidang ICT dan pengurusan pusat sumber pada tahun mendatang.

Katanya, majlis itu diadakan bagi menghargai sumbangan warga pendidikan dalam bidang teknologi pendidikan dan mengiktira­f segala bentuk pencapaian sekolah berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Awang Marten berkata pencapaian keseluruha­n pembestari­an sekolah bagi tahun 2017 sekolah-sekolah di Labuan telah mencapai 100 pertama melalui pengiktira­fan Smart School Qualifiqat­ion Standard (SSQS) iaitu pencapaian sekurang-kurangnya 3 bintang.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan WP Labuan Maimon Matnoh yang menyempurn­akan majlis itu amat yakin dan percaya pusat sumber di WP Labuan mampu bersaing dengan PSS di seluruh Malaysia.

Beliau yang mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan Raisin Saidin berkata kecemerlan­gan PSS DSDN SMK RanchaRanc­ha menjadi pembakar semangat untuk semua unit di bawah BTPN Labuan mengamalka­n budaya kerja dan pengurusan yang cemerlang.

“Semua warga pendidikan terutama kepada pentadbir sekolah, Guru Penyelaras Bestari dan ICT, Guru Perpustaka­an dan Media, Juruteknik Komputer sekolah harus memainkan peranan penting dan sentiasa memberikan komitmen yang tinggi bagi memastikan ICT dapat dimanfaatk­an sepenuhnya terutama dalam bidang pembelajar­an di sekolah,” katanya.

Guru Perpustaka­an dan Media Sapri Idris yang menyelia Pusat Sumber DSDN SMK RanchaRanc­ha melahirkan rasa puas hati beliau kerana pada tahun ini PSS DSDN SMK Rancha-Rancha hampir menyapu bersih semua anugerah yang dipertandi­ngkan.

Beliau berkata kejayaan PSS DSDN SMK RanchaRanc­ha adalah disebabkan oleh sokongan kuat Pengetua Omar Baki Matusin. barisan pentadbir serta AJK PSS yang begitu komited dalam menjayakan program yang dirancang.

Sementara itu, Pengetua SMK Rancha-Rancha Omar Baki Matusin berharap komuniti setempat dapat menjalin hubungan yang erat dengan SMK Rancha-Rancha dalam mencemerla­ngkan sekolah melalui aplikasi ICT dan penyuburan budaya membaca.

Katanya, melalui kecemerlan­gan pusat sumber sekolah, maka proses anjakan pradigma dan transforma­si minda pelajar serta warga pendidik akan berlaku dengan cepat selari dengan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 2013– 2025.

Turut hadir Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Maklumat JPWPL Samsudin Yalla, ketuaketua sektor, pengetua dan guru besar.

 ??  ?? MAIMON (tengah) bersama pemenang anugerah sempena Anugerah Bahagian Teknologi Pendidikan WP Labuan 2017. Turut kelihatan Awang Marten (empat kiri) dan Samsudin (empat kanan).
MAIMON (tengah) bersama pemenang anugerah sempena Anugerah Bahagian Teknologi Pendidikan WP Labuan 2017. Turut kelihatan Awang Marten (empat kiri) dan Samsudin (empat kanan).
 ??  ?? SAPRI Idris (kiri) menerima Ikon Guru Perpustaka­an dan Media Sekolah Menengah Labuan 2017 daripada Awang Marten.
SAPRI Idris (kiri) menerima Ikon Guru Perpustaka­an dan Media Sekolah Menengah Labuan 2017 daripada Awang Marten.
 ??  ?? OMAR Baki (kiri) menerima sijil penghargaa­n dan trofi kemenangan Anugerah PSS 5 Bintang daripada Maimon. Turut kelihatan Awang Marten (dua kanan) dan Samsudin (kanan).
OMAR Baki (kiri) menerima sijil penghargaa­n dan trofi kemenangan Anugerah PSS 5 Bintang daripada Maimon. Turut kelihatan Awang Marten (dua kanan) dan Samsudin (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia