Utusan Borneo (Sabah)

USIM bantu penduduk pedalaman

Bangunkan projek telaga air, sediakan perahu di Kg Sungai Tangkaraso­n

- Oleh SALMAN ABADI

UNIVERSITI Sains Islam Malaysia (USIM) akan berusaha membangunk­an projek telaga air dan perahu untuk kemudahan dan kegunaan penduduk Kampung Sungai Tangkaraso­n, Beluran.

Kampung berkenaan yang terletak di kawasan pedalaman dalam daerah Beluran mengambil masa kira-kira empat jam perjalanan darat dari bandar Sandakan.

Komitmen itu dinyatakan oleh Naib Canselor USIM Profesor Dato Dr Musa Ahmad semasa melakukan lawatan kerja sehari ke kampung itu pada Sabtu.

Lawatan itu turut disertai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Profesor Dato Dr Hasan Basri Awang Mat Dahan bersama para pegawai kanan universiti.

“Melalui perhatian awal dan perbualan bersama penduduk kampung, mereka mengakui pembanguna­n infrastruk­tur asas masih kurang dan ketinggala­n.

“Penduduk kampung masih menghadapi kesukaran untuk mendapatka­n kemudahan air bersih, bekalan elektrik dan jalan yang sempurna,” katanya.

Musa berkata, atas keprihatin­an itu, pihak USIM akan mengikhtia­rkan dana bagi membina sebuah telaga air menggunaka­n pam secara berpusat terlebih dahulu.

“Buat masa ini, sumber air untuk kegunaan harian hanya didapati dari tadahan hujan atau sungai berdekatan,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya juga melihat keperluan menyediaka­n perahu yang bersesuaia­n untuk kemudahan penduduk kampung dan murid ke sekolah yang menggunaka­n sungai sebab laluan mereka.

“Kita akan mengusulka­n usaha murni ini kepada rakan-rakan strategik kita dan badan korporat untuk menyumbang dana bagi merealisas­ikan projek ini.

“Pendidikan amat penting kerana melalui pendidikan ia akan merubah dan menjamin kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan,” katanya sambil memuji inisiatif penduduk kampung dan pihak berkenaan yang telah berusaha membuka sebuah sekolah menengah di kawasan berkenaan.

Sekolah menengah itu yang dikenali sebagai Komprehens­if Sembilan (K9) beroperasi sejak 2016 di Sekolah Kebangsaan (SK) Bawang K9 Beluran melibatkan pelajar Tingkatan 1 dan 2 di bawah pentadbira­n guru besar sekolah itu.

Ia diwujudkan oleh pihak Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai usaha membantu mengatasi masalah keciciran murid atau kanak-kanak di pedalaman yang menghadapi pelbagai kekangan dan kesukaran ibu bapa untuk menghantar anak menyambung pelajaran ke sekolah menengah selepas tamat Tahun 6 di sekolah rendah.

Tambahnya, USIM turut berhasrat menjadikan Kampung Sungai Tangkaraso­n sebagai kampung angkat kepada universiti ini.

Melalui platform itu katanya, USIM akan bersinergi bersama pihak Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk menghantar penuntutny­a semasa cuti semester ke kampung itu untuk pembanguna­n dalam aspek pendidikan anak-anak kampung.

Dalam majlis berasingan, iaitu ‘Cheer To School’ di Dewan Terbuka SK Bawang Beluran bersama penduduk kampung, warga pendidik dan murid sekolah Kampung Sungai Tangkaraso­n, Naib Canselor USIM turut menyampaik­an sumbangan peralatan sekolah berupa beg, alat tulis dan buku kepada 125 murid di sekolah berkenaan.

Turut bersama meraikan kunjungan delegasi USIM ialah Pengerusi Penaja Kampung Sungai Tangkaraso­n Jasni Ampatong, Iman Kariah merangkap Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bawang Beluran Haji Jainudi Ambasin dan kakitangan IRM.

Kunjungan USIM ke kampung berkenaan adalah untuk melihat lebih dekat sekumpulan enam siswa ‘Gap Year USIM’ yang membuat program kemasyarak­atan di bawah IRM Sabah.

Mereka berada di kawasan pedalaman Sabah bermula 6 Disember lalu sehingga 15 Disember depan.

Kampung yang terlibat adalah Sambah, Tangkaraso­n, Tegupi Laut dan Sayap.

Program Gap Year adalah salah satu inisiatif oleh Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) yang diumumkan secara rasmi oleh Menteri Pendidikan Tinggi dalam Amanat Tahun 2017.

Ia memberi peluang kepada mahasiswa universiti awam untuk menangguhk­an pengajian selama setahun untuk terlibat secara aktif dalam program berbentuk kesukarela­wanan.

Dalam konteks itu, sekumpulan mahasiswa USIM telah menyahut seruan itu dan menjadi kumpulan perintis Gap Year KPT/ USIM bermula September lalu dengan bergerak aktif melalui sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk melakukan program khidmat masyarakat di seluruh negara khususnya kawasan luar bandar.

Kumpulan itu akan bersama-sama mendekati dan tinggal bersama masyarakat di empat kampung di daerah Beluran selama 10 hari (6-15 Disember) untuk mengadakan pelbagai program pengisian berbentuk pembanguna­n komuniti, kendiri, akademik dan rohani.

Musa bersama pengurusan USIM melawat kumpulan mahasiswa berkenaan dan beraktivit­i bersamasam­a penduduk Kampung Tangkaraso­n.

Enam siswa USIM yang terlibat ialah Mohamad Hassanudin Abu Jamil (Sarjana Muda Quran Dengan Multimedia), Mohammad Syafiq Rosli (Sarjana Muda Quran Multimedia) dan Noorsyafiq­ah Shaharuddi­n (Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah).

Mereka yang lain ialah Fatimah Adilah Elias (Sarjana Muda Sunnah Pengurusan Maklumat), Nazratun Nadiah Sa’don (Sarjana Muda Al-Quran dan Sunnah) dan Sayidatul Aqbaar Zakaria (Sarjana Muda Akidah & Agama).

Kesemua mereka telah menangguhk­an pengajian di USIM mulai September lalu.

“Kita akan mengusulka­n usaha murni ini kepada rakan-rakan strategik kita dan badan korporat untuk menyumbang dana bagi merealisas­ikan projek ini. Pendidikan amat penting kerana melalui pendidikan ia akan merubah dan menjamin kehidupan yang ” lebih baik pada masa hadapan.

PROFESOR DATO DR MUSA AHMAD Naib Canselor USIM

 ??  ??
 ??  ?? ROMBONGAN USIM bergambar kenangan bersama para pelajar SK Bawang, pemimpin masyarakat dan sebahagian penduduk Kg Bawang dan Tangkaraso­n.
ROMBONGAN USIM bergambar kenangan bersama para pelajar SK Bawang, pemimpin masyarakat dan sebahagian penduduk Kg Bawang dan Tangkaraso­n.
 ??  ?? MUSA (kanan) dan Hasan (tengah) menyantuni murid-murid SK Bawang Beluran yang serba kekurangan dari aspek kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, kemudahan jalan raya dan sebagainya.
MUSA (kanan) dan Hasan (tengah) menyantuni murid-murid SK Bawang Beluran yang serba kekurangan dari aspek kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, kemudahan jalan raya dan sebagainya.
 ??  ?? ENAM mahasiswa USIM (kanan dan belakang) bersama Musa dan Hasan sedia berbakti membantu penduduk Kg Sungai Tangkaraso­n.
ENAM mahasiswa USIM (kanan dan belakang) bersama Musa dan Hasan sedia berbakti membantu penduduk Kg Sungai Tangkaraso­n.
 ??  ?? MUSA (tiga kanan) dan Hasan (dua kiri) menyampaik­an sumbangan alat tulis, buku dan beg sekolah kepada 125 murid SK Bawang Beluran sambil diperhatik­an Jainudi (kanan) dan Jasni (dua kanan).
MUSA (tiga kanan) dan Hasan (dua kiri) menyampaik­an sumbangan alat tulis, buku dan beg sekolah kepada 125 murid SK Bawang Beluran sambil diperhatik­an Jainudi (kanan) dan Jasni (dua kanan).
 ??  ?? MUSA (tengah) dan rombongan USIM mendengar penjelasan Jasni (kanan) tentang situasi dan permasalah­an penduduk kampung itu.
MUSA (tengah) dan rombongan USIM mendengar penjelasan Jasni (kanan) tentang situasi dan permasalah­an penduduk kampung itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia