Utusan Borneo (Sabah)

Pengajaran bila anak minta upah

Telemovie ‘20 Sen’ di TV2, 15 Dis ini

-

MENJALANI kehidupan sebagai kanakkanak sememangny­a terdedah dengan pengaruh rakan sebaya. Apatah lagi pada usia yang masih muda, mereka masih tidak dapat membezakan mana satu yang baik begitu juga sebaliknya.

Mewarnai cuti penggal persekolah­an, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan telemovie bertajuk ‘20 Sen’ pada 15 Disember ini, jam 2.00 petang di TV2 berkongsi konflik yang realitinya berlaku dalam masyarakat kita.

Ia mengaitkan kisah seorang budak yang meminta upah bagi setiap kerja yang dilakukann­ya di rumah tanpa memikirkan pengorbana­n orang tuanya.

Telemovie ini mengisahka­n tentang tiga orang sahabat iaitu Mail dan Yana, anak peneroka serta Boy, anak pengurus rancangan FELDA.

Boy dan Yana selalu mendapat upah daripada kedua orang tua mereka apabila dia menolong mereka. Mail juga teringin mendapat upah dari kerjakerja yang dilakukan di rumah.

Sejak itu Mail mula meminta upah daripada ibu, baba dan Along, kakaknya. Setiap kali kerja, Mail akan meminta upah dalam kiraan 20 sen seperti ambil daun pandan untuk ibu upahnya 20 Sen dan tolong cari buku latihan Along dimintanya 5 keping duit 20 sen. Mail membuat catatan di buku bagi setiap upah yang diterimany­a.

Ketiga-tiga sahabat ini bertanding dan Boy begitu yakin dia boleh mendapat upah terbanyak. Apabila kiraan dibuat ternyata Mail yang mengumpul upah terbanyak dan Boy tidak mempercaya­inya. Kemudianny­a Boy mensyaratk­an setiap upah yang diterima mereka mesti dikeluarka­n resit.

Secara tidak disengajak­an emak kepada Mail, Yana dan Boy mendapat tahu mereka menerima resit yang sama. Ibu memberitah­u Baba tentang perkara ini dan mereka merancang sesuatu untuk Mail.

Di sekolah Mail, Yana dan Boy membuka bekal mereka dan didapati ada bil disertakan. Sewaktu mahu makan tengah hari di rumah, Mail juga mendapati ada bil di setiap nasi dan lauk yang dihidangka­n.

Mail berkurung di bilik tidur dan mula memikirkan bahawa dia tidak ada duit lagi bagi membayar makanannya. Tibatiba dia mendapat pula bil dari ibu yang menuntut bayaran bagi mengandung dan membesarka­n

Mail yang berjumlah kesemuanya RM15,500 tapi bila dilihat pada muka belakang tertulis ‘Percuma’. Mail keluar dari bilik dan bertemu ibu, along dan baba. Berikutnya Mail membuat catatan tentang jasa dan pengorbana­n yang telah ibu, baba

dan

along lakukan kepadanya selama ini.

Telemovie arahan Asri Alias ini dibintangi oleh Carl Eqmal Hazali, Farhan Nizam, Bella Dowanna, Fara Hazali, Sahrolniza­m Noor, dan Airis Yasmin. Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia