Utusan Borneo (Sabah)

Dua beranak mengaku bersalah dera kanak-kanak empat tahun hingga mati

-

PETALING JAYA: Dua beranak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu atas pertuduhan mendera seorang kanakkanak perempuan berusia empat tahun hingga mati, yang berada dalam jagaan mereka sejak dua tahun lepas.

Norasmahwa­ti Tar Mohmad, 32, dan ibunya, Norhayati Bidin, 61, didakwa bersama-sama sebagai penjaga kepada kanak-kanak perempuan berusia empat tahun sembilan bulan itu, telah melakukan penderaan fizikal dan bertindak secara cuai ke atas kanak-kanak tersebut.

Kedua-dua beranak yang tidak bekerja itu dituduh melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Tingkat 1, Blok 3, Jalan 8/14, Bandar Sunway, di sini antara Disember 2015 dan 2 Dis 2017.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanakkanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara yang boleh sampai 10 tahun atau keduaduany­a.

Bagaimanap­un, Hakim Azwarnida Affandi belum menjatuhka­n hukuman terhadap kedua-dua tertuduh sementara menunggu laporan bedah siasat dan menetapkan 26 Jan untuk sebutan semula kes.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Norazalina Razali tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh.

Beliau memaklumka­n kepada mahkamah bahawa kanak-kanak itu yang tidak mempunyai pertalian darah dijaga sejak kecil oleh keduadua tertuduh.

“Berdasarka­n siasatan, ayah mangsa merupakan warga Pakistan manakala ibunya berasal dari Indonesia yang telah meninggalk­an anak mereka di rumah tertuduh sebelum menghilang­kan diri,

“Mengikut laporan perubatan, kegagalan fungsi jantung dan trauma akibat objek tumpul didapati pada bahagian kaki, tangan, muka dankulitke­palamangsa­hingga menyebabka­n kematian,” katanya.

Mahkamah tidak membenarka­n kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam itu diikat jamin.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia