Utusan Borneo (Sabah)

Sukan Sabah (SAGA) VIII 2017 Sandakan Keningau kekal tangga teratas

Kejohanan Sukan Sabah (SAGA) VIII 2017

-

SANDAKAN: Keningau masih kekal di tangga tertas tetapi kedudukann­ya mula dikeori rapat pasukan lain pada hari keempat selepas perasmian SAGA VIII 2017.

Sehingga jam 6.00 petang pada Rabu, Keningau telah mengumpul 18 pingat emas, 13 perak dan enam gangsa.

Pasukan tuan rumah, Sandakan bagaimanap­un terus mencabar dengan kutipan 11 pingat emas, sembilan perak dan sembilan gangsa di tangga kedua.

Kota Kinabalu juga telah mengumpul 11 pingat emas tetapi berada di bawah Sandakan kerana baru mengutip tujuh perak dan 14 gangsa.

Turut berada dalam kelompok lima pasukan teratas adalah Tawau dengan kutipan 10 pingat emas, 20 perak dan 17 gangsa dan Papar (9e, 3p, 10g).

Kunak, Semporna dan Kuala Penyu adalah tiga pasukan yang belum mengutip sebarang pingat di kalangan 26 pasukan yang mengambil bahagian pada sukan dwi tahunan terbesar Sabah itu.

Berbaki dua hari sebelum upacara penutupan esok, persaingan dijangka bertambah sengit terutama di kalangan lima pasukan teratas.

Setakat ini, SAGA sudah diwarnai dengan beberapa rekod baru dari sukan memanah dan olahraga.

“Saya harap lebih banyak lagi rekod baru akan tercipta dalam beberapa hari terakhir ini,” kata Pembantu Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Masiung Banah ketika ditemui pada Rabu.

Pertanding­an karate, bola jaring dan ragbi selesai manakala memanah, olahraga dan ping pong akan melabuhkan tirai hari ini. SAGA 2017 mempertand­ingkan 20 jenis sukan dengan tawaran 195 pingat emas, 195 perak dan 265 gangsa.

Sukan yang akan berlangsun­g sehingga hari terakhir adalah badminton, berbasikal, bola keranjang, bola sepak, bola tampar, boling padang, golf, hoki, pencak silat, petanque, sepak takraw, taekwondo, tenis dan tinju.

“” Saya harap lebih banyak lagi rekod baru akan tercipta dalam beberapa hari terakhir ini. DATUK MASIUNG BANAH

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia