Utusan Borneo (Sabah)

Jaga kebersihan dan kesihatan, peringatan kepada mangsa banjir

Peringatan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara

-

KOTA KINABALU: Mangsa banjir dinasihatk­an agar menjaga kebersihan di p u s a t pemindahan sementara demi menjamin kesihatan diri.

Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Jawi Jawi Doktor Francesca G Dambul berkata walaupun mangsa diberi khemah khas, mereka perlu bersama-sama menjaga kebersihan tempat lokasi berkenaan.

“Mangsa hendaklah bekerjasam­a menjaga kebersihan terutamany­a dengan membuang sampah di tempat yang sepatutnya kerana mereka perlu ingat ini adalah kawasan awam dan ia digunakan bersama.

“Selain itu, mangsa juga perlu pastikan makan dan minum air yang telah dimasak atau mendapatka­n mineral water dan jangan makan makanan yang sembaranga­n.

“Kalau membeli di luar, pastikan punca makanan itu bersih untuk elak daripada berlaku keracunan makanan,” katanya.

Tambahnya, walaupun belum ada kes taun dan demam kepialu yang dilaporkan, mangsa banjir perlu menjaga kebersihan diri dengan mencuci tangan sebelum dan selepas makan selain memastikan tangan dibasuh selepas keluar dari tandas bagi mengelak

“Mangsa perlu pastikan makan dan minum air yang telah dimasak atau mendapatka­n mineral water dan jangan makan makanan yang sembaranga­n.” FRANCESCA G DAMBUL

Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Jawi Jawi Doktor

penyakit berjangkit.

Francesca berkata penjagaan kebersihan harus berterusan walaupun mereka dibenarkan pulang ke rumah nanti.

“Perkara pertama perlu dilakukan apabila sampai di rumah adalah bersihkan kawasan air bertakung bagi mengelak berlakunya pembiakan nyamuk Aedes yang boleh menyebabka­n demam denggi.

“Sekiranya mangsa banjir mengalami demam, muntah-muntah dan ciritbirit mereka perlu cepat mendapatka­n rawatan agar penyakit boleh dikesan awal bagi mengelak daripada melarat dan menjadi wabak,” jelasnya.

Menurutnya, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) membuka buka pusat saringan kesihatan di setiap pusat pemindahan mangsa banjir bagi tujuan memberi rawatan dan juga sebagai langkahpen­cegahanseb­arang penyakit berjangkit.

Beliau turut mengingatk­an mangsa banjir yang mempunyai penyakit untuk membawa bersama bekalan ubat mereka ke pusat pemindahan itu.

 ??  ??
 ??  ?? MANGSA banjir yang mendapatka­n pemeriksaa­n kesihatan.
MANGSA banjir yang mendapatka­n pemeriksaa­n kesihatan.
 ??  ??
 ??  ?? KHEMAH boleh lipat yang dipasang dalam pusat pemindahan sementara.
KHEMAH boleh lipat yang dipasang dalam pusat pemindahan sementara.
 ??  ?? FRANCESCA memberi rawatan saringan kepada salah seorang mangsa.
FRANCESCA memberi rawatan saringan kepada salah seorang mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia