Utusan Borneo (Sabah)

Pusat e-Pembelajar­an perkukuh semula hala tuju, strategi

Pusat e-Pembelajar­an perkukuh semula hala tuju, strategi ditetapkan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) yakin Pusat e-Pembelajar­an yang baharu ditubuhkan mampu mengukuhka­n semula hala tuju, strategi, dan pelan tindakan yang ditetapkan.

Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin berkata, pusat berkenaan bakal menambahka­n akses yang lebih luas bagi pembelajar­an secara dalam talian.

Menurutnya, ia turut berperanan menambahba­ik kualiti pengajaran dan pembelajar­an dalam talian.

“Pada masa sama, pusat ini juga membantu memperbaik­i kecekapan kos dalam penganjura­n kursus dan promosi UMS secara global.

“Setiap manifesto ini hanya mampu dicapai melalui fokus pada perancanga­n strategik, pelaksanaa­n agresif dengan penglibata­n kerjasama dari semua kakitangan dan pelajar UMS,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena perasmian Anugerah e-Pembelajar­an dan Seminar ‘Massive Open Online Courses’ (MOOC) di sini pada Khamis. Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabang­sa UMS Prof Dr Rasid Mail.

Kamarudin turut menggalakk­an warga UMS menggunaka­n teknologi untuk menambah keperluan pengetahua­n dan kemahiran dalam kalangan pelajar.

Katanya, usaha itu juga mempersiap­kan para pelajar agar relevan dengan keperluan pasaran tenaga kerja abad ke21 ini.

Pada majlis itu, seramai 120 peserta menerima sijil melibatkan Kursus MOOC, Kursus Sumber Pembelajar­an Terbuka (OER), Penyelaras e-Pembelajar­an dan Pensyarah Terbaik (Blended Learning).

 ??  ?? PARA peserta Seminar MOOC merakamkan gambar bersama selepas perasmian majlis itu.
PARA peserta Seminar MOOC merakamkan gambar bersama selepas perasmian majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia