Utusan Borneo (Sabah)

PENUGASAN BULAN DEPAN

500 anggota Rela bantu pantau keselamata­n di Esszone

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Penugasan 500 anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela) bagi membantu pemantauan keselamata­n di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) akan bermula Januari tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah mengatur penugasan anggota Rela berkenaan sedang dijalankan.

“Mobilisasi 500 anggota Rela terlibat sudah bermula dan penugasan akan dilaksanak­an pada Januari tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas taklimat bersama Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan Rela di Ibu Pejabat Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) Lahad Datu, sempena lawatan kerja ke Esscom pada Khamis.

Lawatan antara lain bertujuan meneliti keputusan yang dibuat dalam menyuarat Lembaga Penasihat yang dilakukan dua kali pada tahun ini.

September lepas, Ahmad Zahid mengumumka­n kerajaan bersetuju menggerakk­an 6,148 pegawai dan anggota Rela bagi membantuop­erasipeman­tauan pasukan keselamata­n di 10 daerah dalam Esszone.

Sebagai permulaan, seramai 500 pegawai dan anggota Rela itu terlibat dalam projek perintis itu.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Keselamata­n Dalam Negeri berkata penugasan anggota Rela itu bagi memperliha­tkan komitmen Perdana Menteri dan Kerajaan Pusat, menjamin keselamata­n negara ini.

Katanya, ia bukan saja tertumpu di kawasan Esszone, tetapi juga menjamin keseluruha­n negeri Sabah berada dalam keadaan terkawal pada peringkat optimum.

“Oleh yang demikian, mobilisasi 500 anggota Rela terlibat sudah bermula dan penugasan akan dilaksanak­an pada Januari tahun depan.

“Kita turut membincang­kan beberapa tindakan bagi menentukan kawasan yang terdedah pada jenayah rentas sepadan ini dapat dikawal rapi, dan saya bersama dengan Ketua Menteri Sabah berpuas hati dengan prestasi Esscom,” katanya.

Turut hadir Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, Komander Esscom, Datuk Hazani Ghazali, Ketua Pengarah Majlis Keselamata­n Negara (MKN) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Persuruhja­ya Polis Sabah Datuk Ramli Din dan Ketua Pengarah Rela Zulkifli Abidin.

Ahmad Zahid berkata pihaknya juga sudah memutuskan agar kawalan rapi terus diberikan terhadap resort di seluruh kawasan Esszone, terutama di bawah tanggungja­wab agensiagen­si di bawah penguasaan Esscom.

“Ini bagi memastikan keselamata­n pelancong dari luar dan dalam negara terjamin,” katanya.

 ?? - Gambar JABATAN KETUA MENTERI ?? AHMAD Zahid (dua kiri) dan Musa (kanan) ketika taklimat pasukan keselamata­n di Pangkalan Batalion 17 Pasukan Gerakan Am di Lahad Datu pada Khamis.
- Gambar JABATAN KETUA MENTERI AHMAD Zahid (dua kiri) dan Musa (kanan) ketika taklimat pasukan keselamata­n di Pangkalan Batalion 17 Pasukan Gerakan Am di Lahad Datu pada Khamis.
 ??  ?? YAHYA (bersongkok) bergambar bersama sebahagian daripada 200 penerima BMT daerah Papar.
YAHYA (bersongkok) bergambar bersama sebahagian daripada 200 penerima BMT daerah Papar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia