Utusan Borneo (Sabah)

Alfiwa peroleh 10A dalam peperiksaa­n PT3

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTAKINABA­LU:Biarpun kebanyakan masa diluangkan untuk menjalani latihan sukan taekwondo namun, Alfiwa Ismail sedikit pun tidak pernah mengabaika­n pelajarann­ya.

Semangatny­a untuk menyeimban­gkan antara sukan dan pelajaran membuahkan hasil apabila dia berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) yang diumumkan pada Khamis.

Anak bongsu daripada lima beradik ini akhirnya tersenyum gembira apabila dia dapat menebus semula kegagalan meraih keputusan cemerlangs­emasapeper­iksaan percubaan PT3.

“Disebabkan keputusan percubaan saya tidak begitu baik, saya melipatgan­dakan usaha dengan mengambil tuisyen di luar sekolah. Ternyata usaha berterusan itu membolehka­n saya memperoleh 10A dalam peperiksaa­n PT3,” katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah (SM) St Michael.

Atlet teakwondo yang pernah mewakili Malaysia dalam ‘CK Internatio­nal Taekwando Championsh­ip’ ini merasa sangat bertuah kerana ibu bapa, guru dan kawan-kawannya sentiasa memberi dorongan kepadanya. Dorongan itu bukan hanya dalam bidang sukan tetapi juga bidang akademik.

Katanya untuk membahagik­an masa antara latihan sukan dan belajar bukan mudah. Biarpun terasa penat kerana menjalani latihan pada waktu malam tetapi, itu bukan alasan untuknya ponteng sekolah.

Semasa berada dalam kelas, Alfiwa akan memastikan dia memberi fokus sepenuhnya kepada apa yang diajar oleh guru.

Ditanya tentang rahsia kejayaanny­a, dia berkata, berusaha secara berterusan dan jangan putus asa. Tiada kejayaan datang bergolek tanpa usaha yang berterusan.

“Selain itu, saya juga belajar untuk fokus semasa guru mengajar. Selepas solat Subuh, saya cuba luangkan sedikit masa untuk melakukan ulangkaji sebelum ke sekolah,” katanya.

Pelajar cemerlang ini bercita-cita untuk menjadi atlet yang mampu mengharumk­an nama Sabah dan Malaysia di persada dunia.

Sementara itu, ayahnya Ismail Daud, 51, berkata dia sentiasa memberi sokongan kepada anak bongsu mereka itu.

“Biarpun dia aktif dalam sukan tetapi saya tetap ingatkan dia supaya jangan mengabaika­n pelajaran. Saya juga rajin menghantar­nya untuk menjalani latihan sukan kerana itu adalah minatnya,” kata penjawat awam ini.

Untuk memastikan keputusan peperiksaa­nnya baik, Ismail menghantar Alfiwa untuk mengikuti tuisyen luar selain daripada tuisyen yang disediakan di sekolah.

Daripada 186 calon PT3 di SM St Michael, 16 orang memperoleh keputusan cemerlang dengan 10A (tiga orang) dan 9A (13 orang) manakala 18 orang pula memperoleh 8A.

 ??  ?? ISMAIL kelihatan gembira melihat keputusan cemerlang PT3 anak bongsunya, Alfiwa.
ISMAIL kelihatan gembira melihat keputusan cemerlang PT3 anak bongsunya, Alfiwa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia