Utusan Borneo (Sabah)

Akhmad buat kunjungan perpisahan ke atas Ketua Menteri

-

KOTA KINABALU: Konsul Jenderal RI Kota Kinabalu Akhmad DH Irfan yang akan mengakhiri masa tugasnya di Sabah mengadakan kunjungan perpisahan Ketua Menteri Sabah di pejabat JKM di Teluk Likas.

Akhmad didampingi isterinya Iit Muhitoh disambut oleh Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman didampingi isterinya Puan Sri Hajjah Faridah Haji Tusin. Turut hadir dalam kunjungan itu ialah HOC Hadi Syarifuddi­n, PF Sosbud Cahyono Rustam dan staf diplomat di Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI).

Ketika kunjungan itu, Akhmad mengucapka­n terima kasih atas bantuan, dukungan dan kerjasama yang diberikan oleh kerajaan Sabah selama masa tugasnya. Beliau juga menyampaik­an terima kasih kepada Ketua Menteri kerana memberikan Pingat Penghargaa­n Tertinggi Pengakap kepadanya.

“Saya akan mengakhiri tugas saya sebagai Konsul Jenderal RI di Negeri Sabah. Untuk itu, saya mohon pamit kerana tanggal 31 Disember 2017 akan kembali ke Jakarta. Mohon perkenan Tan Sri mengizinka­n kepada saya untuk menyimpan dalam hati akan jasa dan budi baik dari Tan Sri dan kerajaan negeri kerana memberikan bantuan, dukungan selama bertugas.

“Saya juga berterima kasih dan menyimpan sebuah kebanggaan, kehormatan dan kenangan kepada negeri Sabah kerana memberikan Pingat Tertinggi Pengakap sebagai Ketua Mabigus Pramuka Garuda 001/002,” katanya.

Beliau memang memiliki kedekatan dengan kegiatan kepengakap­an kerana secara beliau juga pemimpin tertinggi gerakan Pramuka Indonesia di negeri Sabah dengan jumlah anggota berkisar 24 ribu orang.

Gerakan Pramuka ini aktif melakukan kegiatan bersama dengan pengakap Sabah, baik dalam bentuk jambori mahupun peningkata­n kemampuan kepengakap­an.

Akhmad dan Musa kemudian membincang­kan mengenai hubungan dua hala antara Sabah dan Indonesia (Sabah– Kalimantan Utara), terutama peranacang­an pembukaan jalur darat Serudong–Simanggari­s agar sehingga pada masa depan hubungan dua hala kedua pihak di bidang perdaganga­n dan pelanconga­n dapat lebih cepat ditingkatk­an.

Sebelum berkunjung ke pejabat Ketua Menteri Sabah, beliau sudah terlebih dulu mengadakan kunjungan perpisahan kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Haji Juhar Mahiruddin, di mana penyampaia­n yang sama juga diucapkan oleh Akhmad kepada TYT.

 ??  ?? AKHMAD serta staf KJRI KK bergambar kenangan dengan Musa.
AKHMAD serta staf KJRI KK bergambar kenangan dengan Musa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia