Utusan Borneo (Sabah)

Pemandu, kelindan lori direman bantu siasatan kemalangan maut

-

BATU GAJAH: Seorang pemandu dan kelindan lori direman empat hari bermula Khamis bagi membantu siasatan kemalangan yang mengorbank­an tiga nyawa termasuk pegawai khas kepada exco kerajaan negeri Perak, di Jalan Bota KananTeluk Intan berhampira­n Kampung Teluk Memali, Parit pada Rabu.

Perintah reman sehingga 17 Dis itu dikeluarka­n Majistret Batu Gajah Mohd Fitri Sadarudin di sini, pada Khamis.

Pemandu lori berusia 25 dan kelindan 27 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara berbahaya dan mendatangk­an bahaya kepada orang awam.

Terdahulu, kedua-dua suspek yang berpakaian lokap berwarna ungu itu tiba di mahkamah pada 9.10 pagi dengan diiringi dua anggota polis.

Semalam, Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah mengesahka­n hasil ujian urin kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphet­amine.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi semalam, Ahmad Nor Al-Zaidin Ahmad Azzudin, 35, isterinya Norhaslina Abdul Razak, 27, dan adiknya Nor Azira, 24, maut di tempat kejadian.

Ahmad Nor Al-Zaidin adalah pegawai khas Exco Kemudahan Awam, Infrastruk­tur, Tenaga dan Air Perak Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

Kemalangan berlaku apabila kereta jenis Proton Saga dipandu Ahmad Nor Al-Zaidin dari arah Kampung Gajah ke Teluk Intan bertembung dengan lori terbabit sebelum terseret sejauh10me­terdanterh­umban ke dalam tali air.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia