Utusan Borneo (Sabah)

Cuba rompak, buruh kena 30 bulan

-

KOTA KINABALU: Seorang buruh warga asing yang cuba merompak seorang wanita dikenakan penjara 30 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Afiq Agoes menjatuhka­n hukuman itu terhadap Rajmie Safar, 33, yang mengaku salah mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Tertuduh cuba merompak mangsa yang berusia 29 tahun dan merampas sebuah telefon pintar miliknya.

Kesalahan dilakukan pada 5 Disember jam 7.50 malam di kaki lima sebuah kedai pajak kedai di kompleks beli-belah Segama, di sini.

Hasil siasatan, semasa pengadu berjalan di kaki lima kedai berkenaan, tertuduh yang datang dari arah belakang dengan tibatiba cuba merampas telefon yang dipegang pengadu.

Berlaku pergelutan selama tiga minit antara mereka sebelum tertuduh kemudianny­a menolak pengadu ke lantai.

Pengadu berteriak meminta pertolonga­n daripada orang awam yang berada di sekitar tempat terbabit.

Tidaklamas­elepasitu,orang ramai berjaya menangkap tertuduh lalu diserahkan kepada pihak polis.

Rajmie juga dikenakan penjara empat bulan dan satu sebat oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah memasuki negara ini secara haram.

Tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia