Utusan Borneo (Sabah)

Mangsa banjir berkuranga­n

Hanya 693 orang di tiga PPS seluruh Sabah

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA BELUD: Jumlah mangsa banjir yang dipindahka­n di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) semakin berkuranga­n berikutan keadaan banjir mula surut di beberapa perkampung­an terjejas.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata jumlah mangsa yang masih berada di empat PPS kini hanya 693 orang.

“Bagi kawasan Kota Belud, kita sudah menutup PPS Dewan Masyarakat Tun Said, Kompleks Sukan Botung dan Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan pada jam 1.30 sehingga 6.30 Khamis, dan 715 mangsa daripada 291 keluarga mula dihantar pulang ke rumah masing-masing.

“Dua PPS termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi II masih menempatka­n 485 mangsa dan 176 mangsa di Dewan SMK Agama Tun Said,” katanya.

Menurutnya selebih 98 mangsa banjir daripada 37

PEMBANTU Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Arifin Arif merangkap Adun Membakut merakamkan gambar kenangan bersama anggota keselamata­n semasa melawat PPS Dewan Mini Serbanguna Membakut. “Bagi kawasan Kota Belud, kita sudah menutup PPS Dewan Masyarakat Tun Said, Kompleks Sukan Botung dan Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan pada jam 1.30 sehingga 6.30 Khamis, dan 715 mangsa daripada 291 keluarga mula dihantar ” pulang ke rumah masing-masing.

keluarga kini ditempatka­n di Dewan Mini Serbanguna Membakut sejak petang Rabu.

“Pemindahan penduduk dilakukan berikutan keadaan banjir di kawasan 14 kampung yang bertambah teruk tambahan pula bacaan paras air sungai Membakut kini pada paras bahaya iaitu 5.98 meter.

“98 mangsa yang dipindahka­n ke PPS di Membakut termasukla­h dari Kampung Takapan, Bingkulas, Jambatan Baru, Papas, Baitam, Lumantak, LT KOL (PA) MOHD IZAIMI MD DAUD

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Kayai dan Dungau,” katanya.

Katanya proses pemindahan mangsa yang terjejas banjir masih dijalankan berikutan kenaikan paras air sungai Membakut memandangk­an pihak pegawai daerah mengarahka­n langkah pemindahan awal terhadap penduduk.

Tambahnya mangsa yang ditempatka­n di Dewan Mini Puspanita turut dipindahka­n ke Dewan Mini Serbaguna Membakut disebakan kapasiti dewan sedia ada tidak dapat menampung jumlah mangsa banjir yang bertambah dari semasa ke semasa.

 ??  ??
 ??  ?? PROSES pendaftara­n keluar mangsa banjir yang dibenarkan balik di PPS Dewan Masyarakat Tun Said.
PROSES pendaftara­n keluar mangsa banjir yang dibenarkan balik di PPS Dewan Masyarakat Tun Said.
 ??  ?? ARIFIN menandatan­gani buku log di PPS Dewan Mini Serbanguna Membakut.
ARIFIN menandatan­gani buku log di PPS Dewan Mini Serbanguna Membakut.
 ??  ?? ANGGOTA APM mengangkat kanakkanak sebelum dihantar ke PPS di Membakut.
ANGGOTA APM mengangkat kanakkanak sebelum dihantar ke PPS di Membakut.
 ??  ?? ANTARA mangsa banjir yang dipindahka­n dari kampung terjejas di Membakut.
ANTARA mangsa banjir yang dipindahka­n dari kampung terjejas di Membakut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia