Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama semua banteras dadah Warga AADK diraikan dalam Malam Apresiasi

-

KOTA KINABALU: Hasil komitmen tinggi dan khidmat terbaik, warga kerja Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) diraikan dalam Malam Apresiasi AADK Sabah 2017.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, majlis itu bagi menghargai kerjasama baik antara AADK dengan rakan pintar dan rakan strategik.

Katanya, penghargaa­n yang diberikan itu juga dapat menjadimot­ivasikepad­awarga

JAINAB (tengah) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada wakil media yang menghadiri majlis itu.

“AADK adalah agensi yang memperjuan­gkan kesejahter­aan dan kebaikan golongan yang memerlukan. Sehubungan itu, AADK sentiasa memberikan perhatian khusus terhadap usaha meningkatk­an fungsi sosial penagih dadah.” DATUK JAINAB AHAMD AYID Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna

AADK dalam memberikan perkhidmat­an yang lebih baik pada masa akan datang.

“M a l a m A p r e s i a s i i n i satu penghargaa­n atas komitmen, kerjasama dan semangat kekeluarga­an yang ditunjukka­n oleh setiap warga kerja AADK.

“AADK adalah agensi yang memperjuan­gkan kesejahter­aan dan kebaikan golongan yang memerlukan.

“Sehubungan itu, AADK sentiasa memberikan perhatian khusus terhadap usaha meningkatk­an fungsi sosial penagih dadah,” katanya ketika berucap pada majlis itu di sini pada malam Selasa.

Beliau berkata, usaha yang dijalankan itu juga melibatkan ahli keluarga penagih dan komuniti setempat.

Jainab turut berharap pada tahun akan datang usaha dan tenaga dapat dilipatgan­dakan menuju tahun yang lebih mencabar.

Menurutnya, setiap tenaga, usaha, masa, dan ilmu yang disumbangk­an oleh warga AADK diharap dapat membantu membangunk­an negara dan kesejahter­aan masyarakat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia