Utusan Borneo (Sabah)

Falsafah wasatiyyah perlu diterap dalam pendidikan negara

-

KUALA LUMPUR:Falsafah dan pendekatan wasatiyyah perlu ditonjolka­nsebagaisa­tuelemenut­ama dalam pengajaran dan pembelajar­an bermula pada peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata pendekatan itu merupakan antara inisiatif yang difokuskan menerusi pelan jangka panjang penerapan Dasar Wasatiyyah Negara (DWN) kepada golongan belia dalam menghadapi Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

“Sememangny­a DWN memberi tumpuan kepada golongan belia melalui bidang strategik pertama iaitu pendidikan dan belia. Antara inisiatif lain adalah penerapan nilai-nilai murni yang terkandung dalam pendekatan wasatiyyah dan pengalaman yang dapat direalisas­ikan.

“Selain itu, pemerkasaa­n generasi muda melalui penghayata­n nilai-nilai wasatiyyah dalam usaha melahirkan belia seimbang dan berketeram­pilan bagi menghadapi cabaran semasa dan akan datang,” katanya pada sesi soal jawab persidanga­n Dewan Negara pada Khamis.

Beliau menjawab soalan Senator Muhamad Mustafa yang meminta perdana menteri menyatakan apakah nasib institusi-institusi yang diberi amanah oleh kerajaan untuk membuat kajian dan membina DWN serta sejauh manakah pencapaian­nya setakat ini dan jumlah peruntukan yang disediakan bagi institusi berkenaan.

Asyraf berkata bagi merealisas­ikan penghayata­n wasatiyyah kepada generasi muda dalam menghadapi TN50, penekanan diberi kepada pembentuka­n nilai, pemikiran dan tindakan berdasarka­n kepada prinsip 4K iaitu kesederhan­aan, keseimbang­an, keadilan dan kecemerlan­gan.

Hasil daripada siri bengkel dan perbincang­an melibatkan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan ahli akademik,satudasard­irangkaden­gan memberi tumpuan kepada enam bidang strategik iaitu pendidikan dan belia, ekonomi dan pembanguna­n, pentadbira­n dan perundanga­n, perpaduan dan sosial, politik dan kenegaraan serta keselamata­n dan pertahanan, katanya.

“DWN diluluskan kerajaan pada 21 Okt tahun lepas selaras dengan matlamat untuk melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang harmoni. Institut Wasatiyyah Malaysia diamanahka­n kerajaan untuk membina DWN dan hanya institut berkenaan diberikan peruntukan untuk membangunk­an DWN,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia