Utusan Borneo (Sabah)

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Sibu

-

SIBU: Tidak sampai tempoh 24 jam, kemalangan maut dilaporkan berlaku di dua lokasi berasingan di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Polis (ACP) Zailanni Amit berkata, kejadian pertama berlaku sekitar jam 5.15 pagi membabitka­n kematian seorang wanita warga emas.

Ujarnya, mangsa dikenali sebagai Hii Kee Chuo, 67, bersama suaminya dalam perjalanan dari Sungai Merah ke Sungai Bidut.

“Dalam perjalanan kereta yang dipandu suami mangsa, Henry Yu Yiong Hway, 66, melanggar belakang sebuah jentera berat yang sedang bergerak.

“Mangsa mati serta-merta di tempat kejadian manakala suaminya hanya cedera ringan,” katanya.

Zailanni berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Sibu.

Sementara itu, kemalangan maut kedua dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.30 pagi di Jalan Taan Aman, Durin.

Menurut Zailanni, sebuah lori terbabas ke dalam parit menyebabka­n pemandunya tersepit lalu meninggal dunia.

Kong Shion Foh, 61, dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerjanya di sebuah ladang di sini.

Bagaimanap­un, ketika tiba di tempat kejadian, mangsa hilang kawalan ketika memandu menyebabka­n lorinya terbabas lalu terjatuh ke dalam parit.

“Mangsa yang tersepit di dalam lori berkenaan dikeluarka­n dengan bantuan pihak bomba yang menggunaka­n jengkaut untuk menarik lori itu dari dalam parit,” jelas beliau.

Katanya, Kong disahkan mati di tempat kejadian oleh petugas perubatan yang bergegas selepas menerima panggilan kecemasan.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengeluark­an kedua-dua mangsa yang tersepit dalam kenderaan mereka setelah melanggar belakang jentera berat di Sungai Merah.
ANGGOTA bomba mengeluark­an kedua-dua mangsa yang tersepit dalam kenderaan mereka setelah melanggar belakang jentera berat di Sungai Merah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia