Utusan Borneo (Sabah)

Kota Kinabalu, Sandakan tambah pingat emas

-

SANDAKAN: Kota Kinabalu dan Sandakan masingmasi­ng menambah pingat emas menerusi acara ping pong berpasukan lelaki dan perempuan.

Dalam peringkat akhir berpasukan lelaki yang berlangsun­g di Dewan SJK(C) Pui Gin, Kota Kinabalu berjaya menewaskan Putatan dengan mata 3-0.

Pasukan Kota Kinabalu diwakili oleh Wong Chun Haw, David Ho Chen Sen, Beh Jing Xiang, Wong Chun Hwa dan Lim Fong Jie.

Perak milik Putatan yang diwakili oleh Beh Jing Hong, Yii Ming Siang, Jordan Annesley Fernande dan Tiong Jia Min.

Manakala, gangsa milik bersama Tawau dan Sandakan. Tawau diwakili oleh Timothy Yap Zhi On, Tai Zheng Hao, Siew Yi Cheng, Leong Pin Sheng dan Nathan Fong Guan Zhong sementara Sandakan diwakili oleh Mervyn Wong Yi, Lai Guo Heng Henry, Lim Yi Heng, Chin Keat Bong dan Voo Kon Vun.

Bagi acara berpasukan perempuan, Sandakan berjaya menewaskan Tawau dengan mata 3-0. Sandakan diwakili oleh Zaneta Fong Yi Xan, Wendy Lau Hui Yu, Zoe Fong Yi Chong, Annie Kong Siaw Mei dan Tong Yie Teng.

Perak milik Tawau yang diwakili oleh Tian Yeek Cheng, Aileen Yap Zhi Mien, Hazel Leung Jie Wen, Loh Qiao Ni dan Serena Fong Yi Wen.

Manakala gangsa milik bersama Kota Kinabalu dan Papar. Kota Kinabalu diwakili oleh Kew Zi Qin, Sandy Lee Wan Shian, Connie Leong Pei Shi dan Alice Kong Sing Yao sementara Papar diwakili oleh Aina Athirah Afendi, Nur Irdina Jassri, Nurshida Nurudin, Nurul Athirah Osman dan Shafiqah Athira Suriansia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia