Utusan Borneo (Sabah)

ST Labuan, Tatap FC tentukan kejuaraaan

Kejohanan Liga Bola Sepak Komuniti Labuan 2017

-

LABUAN: Pasukan ST Labuan FC akan bertemu pasukan Tatap FC di perlawanan akhir Kejohanan Liga Bola Sepak Komuniti Labuan 2017 merebut Piala Ahli Parlimen Labuan, di Stadium Kompleks Sukan Labuan, Ahad ini.

Kedua-dua pasukan ini berjaya mara ke peringkat akhir setelah menewaskan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir.

ST Labuan FC yang dibimbing Shan Shee Cheong mengecewak­an pasukan Bersatu FC 2-0 manakala pasukan Tatap FC kendalian Razlan Jainal pula menang besar ke atas pasukan TCC FC 4-0.

Pengerusi penganjur kejohanan, Tarmiji Wahap berkata juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, piala pusingan, piala iringan dan juga medal.

Naib juara pula akan menerima RM3,000, piala iringan dan medal.

Manakala tempat ketiga bersama akan menerima RM1,000.

Tarmiji melahirkan penghargaa­n kepada Ahli Parlimen Labuan, Bank Rakyat, Jabatan Belia dan Sukan dan Jabatan Kesihatan Labuan atas segala sokongan dan bantuan dalam menjayakan kejohanan tersebut.

“Kami tidak lupa mengucapka­n terima kasih kepada Perbadanan Labuan, SMK Mutiara, Labuan Internatio­nal School dan Kolej Matrikulas­i Labuan yang turut menjadi venue pertanding­an itu,”katanya pada sidang akhbar sempena perlawanan akhir Kejohanan Liga Bola Sepak Komuniti Labuan 2017 di Kelab Sukan JKR, pada Khamis.

Katanya, kejohanan itu diadakan sejak awal Julai yang berjaya menampilka­n ramai bakat-bakat muda yang mewakili pasukan tempatan di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Perlawanan akhir akan berlangsun­gpada17Dis­ember ini bermula pukul 3.15 petang di Stadium Kompleks Sukan Labuan.

Majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah dijadual disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli.

 ??  ?? AHLI kumpulan Tuaran Youth Athletic bergambar bersama Chrisnadia (tengah) dalam kunjungan berkenaan.
AHLI kumpulan Tuaran Youth Athletic bergambar bersama Chrisnadia (tengah) dalam kunjungan berkenaan.
 ??  ?? PASUKAN Tatap FC.
PASUKAN Tatap FC.
 ??  ?? PASUKAN ST Labuan.
PASUKAN ST Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia