Utusan Borneo (Sabah)

Papar, Keningau, Kudat raih emas

-

SANDAKAN: Regu Papar menjuarai sukan sepak takraw bagi acara regu bertiga, menewaskan regu Sandakan pada Sukan Sabah (SAGA) Ke-8, 2017 yang berlangsun­g di Dewan Kompleks Sukan Komuniti Libaran di Pekan Muhibah, di sini pada Rabu.

Papar meraih pingat emas acara itu dengan kemenangan 2 – 1 apabila memenangi set pertama 21-13, tewas 1121 pada set kedua, namun berjaya mengatasi Sandakan 23-21 pada set ketiga.

Tempat ketiga dimenangi bersama oleh regu Kota Belud dan Nabawan.

Bagi kategori wanita (regu bertiga), johan dimenangi pasukan Keningau yang menewaskan Tenom 2 - 1 (19-21, 21-19 dan 21-17).

Regu wanita Tongod dan Kudat meraih tempat ketiga bersama selepas masingmasi­ng tewas pada saingan separuh akhir.

Bagi acara regu berdua lelaki, johan dimenangi regu Keningau yang menewaskan Beluran 2 – 0 dengan kemenangan 23-21 dan 2111. Tempat ketiga dimenangi bersama oleh regu Tawau dan Sipitang.

Pemain Kudat mengunggul­i acara regu bedua wanita selepas menundukka­n regu Keningau pada perlawanan akhir dengan kemenangan 2 – 0 (21-11, 21 – 18).

Regu Tongod dan Nabawan masing-masing berkongsi tempat ketiga.

Majlis penyampaia­n hadiah (pingat) bagi acara regu berdua disempurna­kan oleh Presiden Persatuan Sepak TakrawNege­riSabah(Astaka) Datuk Awang Sham Haji Amit manakala penyampaia­n hadiah acara regu bertiga oleh Naib Presiden II Astaka yang Timbalan Ketua Deligat Teknikal Sepak Takraw SAGA Ke-8, 2017 Haji Abd Rahman Abdullah Salleh.

Dalam pada itu, acara berpasukan sepak takraw lelaki dan wanita telah bemulakan saingan pada petang Rabu dan bersambung hari ini manakala perlawanan akhir diadakan hari ini (Jumaat).

 ??  ?? ABD RAHMAN (depan, tengah) bergambar kenangan bersama tiga pasukan yang meraih pingat dalam acara sepak takraw regu bertiga Sukan Sabah Ke-8, 2017.
ABD RAHMAN (depan, tengah) bergambar kenangan bersama tiga pasukan yang meraih pingat dalam acara sepak takraw regu bertiga Sukan Sabah Ke-8, 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia