Utusan Borneo (Sabah)

Ryzad, Amran, Firdaus, Nurul dan Deasywasik­a raih emas silat

-

SANDAKAN: Pesilat daerah Sipitang, Ryzad Addri Anang melengkapi sasaran emas pada acara pencak silat kategori tanding kelas J Putera (90kg95kg) di Dewan SMK Agama Tun Juhar Sandakan pada temasya Sukan Sabah (SAGA) VIII 2017, Khamis.

Pingat perak dirangkul oleh pesilat Keningau, Nurman Mohd Alias dan pingat gangsa masing-masing dimenangi oleh Mohd Khairul Akmal Jailani (Kota Belud) dan Muhaimin Abdullah (Kudat).

Bagi kategori tanding kelas I putera (85kg-90kg), pesilat dari Kota Belud, Amran Maklin telah meraih emas.

Manakala, Mohd Reifqy Shahputra Landang meraih perak dan pingat gangsa dimenangi oleh Mohd Dzul Faridz Wiyoto (Keningau) dan Mohd Faris Iqmal Shawin (Beauford).

Manakala kategori tanding kelas H putera (80kg-85kg), Mohd Firdaus Anuar dari Tongod berjaya meraih emas dengan menewaskan pesilat Penampang, Iskandarud­din Awang Tusin yang sekadar meraih perak.

Pesilat Kinabatang­an, Mohd Izzuddin Abdullah dan Andi Ahmad Mohd Ali berasal dari Tawau masing-masing meraih pingat gangsa.

Bagi acara pencak silat kategori tanding kelas E puteri pula, pesilat Keningau, Nurul Hazifah Jederion telah meraih emas apabila berjaya menewaskan Nai’matun Najwa Hishamuddi­n dari Beaufort.

Pesilat Tawau dan Tuaran, Nurul Fatin Faezah Zaindy dan Nuraini Sahrani masing-masing meraih pingat gangsa.

Kategeri tanding kelas D puteri (60kg-65kg) telah dimemangi oleh Deasywasik­a dari Nabawan selepas menewaskan pesilat Keningau, Grace Olivia Garis yang sekadar meraih perak.

Pesilat Tuaran dan Beaufort, Namirra Nadjahnie dan Manja Jamain meraih gangsa.

Semua hadiah telah disampaika­n oleh Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri/Menteri Dalam Negeri, Kolonel (K) Dato’ Juhari Janan yang diiringi oleh Dipertua Persatuan Seni Silat Sabah (PSSS) Pesaka Sabah Datuk Illiyas Ibrahim dan Pengarah Pertanding­an Pencak Silat SAGA VIII 2017 yang juga Pengerusi PSSS Pesaka Sabah Zon Pantai Timur Utara Mustaffah Md Hassan.

 ??  ?? MOHD Firdaus Anuar (Tongod), Iskandarud­din (Penampang), Mohd Izzuddin (Kinabatang­an) dan Andi Ahmad Mohd Ali (Tawau) bergambar bersama Juhari, Illiyas, Mustaffah dan pihak penganjur.
MOHD Firdaus Anuar (Tongod), Iskandarud­din (Penampang), Mohd Izzuddin (Kinabatang­an) dan Andi Ahmad Mohd Ali (Tawau) bergambar bersama Juhari, Illiyas, Mustaffah dan pihak penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia