Utusan Borneo (Sabah)

Catatan 110m lari berpagar dan lontar peluru bukan pecah rekod

-

SANDAKAN: Catatan 14.10m acara lontar peluru lelaki oleh Brynoth Alarick Larry (Kota Kinabalu) dan 14.92s acara 110m lari berpagar oleh Mohd Shafiee Mukamad (Kota Belud) pada SAGA VIII 2017 direkodkan sebagai catatan terbaik sahaja.

Pengarah Teknikal Olahraga, Bonnie Rudolf berkata, catatan itu tidak memecahkan rekod walaupun lebih baik berbanding rekod lama seperti yang dilaporkan kerana kedua-dua acara itu menggunapa­kai peraturan baru Persekutua­n Persatuan Olahraga Antarabang­sa (IAAF).

Beliau berkata, berat alat lontar peluru dan ketinggian pagar untuk 110m lari berpagar yang diimplemen­tasikan berdasarka­n peraturan terkini IAAF pada SAGA VIII berbeza berbanding yang diimplemen­tasikan pada SAGA sebelum ini.

SAGA VIII 2017 menggunaka­n alat lontar peluru seberat 6kg manakala ketinggian pagar acara 110m lari bepagar adalah 0.991m.

SAGA sebelum ini menggunaka­n alat lontar peluru seberat 7.260kg manakala ketinggian pagar 110m lari berpagar 1.067m.

Peraturan baru IAAF itu adalah untuk kejohanan bawah 20 tahun seperti SAGA.

“Sebab itu catatan yang dilakukan Brynoth dan Shafiee pada SAGA VIII 2017 ini hanya rekodkan sebagai catatan terbaik kejohanan sahaja,” kata Bonnie ketika ditemui di Kompleks Sukan Sandakan pada Khamis.

Rekod lama kejohanan 110m lari berpagar juga milik Shafie dengan catatan 15.21s semasa SAGA 2013 manakala lontar peluru lelaki 12.71m oleh Maxs Anzie Jetol (Kudat) pada 2011, kedua-duanya ketika peraturan lama IAAF digunapaka­i.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia