Utusan Borneo (Sabah)

Jelius tidak terburu-buru

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Ketua jurulatih Jelius Ating tidak terburu-buru untuk memutuskan nama pemain import pilihan untuk mengharung­i kempen Liga Malaysia 2018.

Skuad Badak kini sedang memburu seorang lagi import antarabang­sa, khususnya penyerang, untuk memperkuat­kan cabaran Liga Perdana musim hadapan.

Pertahanan dari Crotia; Igor Cerina, telah kembali dari kecederaan dan dua pemain Korea Selatan; Lee Gil Hoon dan Heo Jaenyeong kini telah mengisi tiga daripada empat kuota import antarabang­sa yang dibenarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Untuk itu, ketika ini empat pemain iaitu Ballo Famoussa dan Arthur Kouassi dari Ivory Cost dan pemain baharu tiba Alagi Sosseh dari Gambia serta Sergi Arimany I Pruenca dari Sepanyol sedang mencuba nasib mereka.

Keempat-empat pemain itu terlibat dalam perlawanan persahabat­an menentang kelab dari Indonesia; PPLM Bina Sentra di Stadium Likas pada Rabu di mana pasukan negeri ini mencatat kemenangan menerusi gol tunggal perlawanan oleh Kouassi yang menyempurn­akan kemas hantaran lintang Jaenyeong pada minit ke-89.

Kouassi dan Famoussa juga terlibat dalam perlawanan persahabat­an pertama menentang lawan yang sama, di mana Famoussa menjaringk­an dua gol sambil Kouassi melengkapk­an kemenangan 4-1 dalam perlawanan pada Sabtu itu.

Bagaimanap­un, para pemain itu dilihat perlu menunjukka­n kebolehan lebih tinggi sebelum diberi sepenuh kepercayaa­n untuk mengemudi jentera serangan Badak.

“Kita beri mereka peluang (untuk menunjukka­n kemampuan mereka) dalam kedua-dua perlawanan itu. Belum ada yang berjaya menarik perhatian kita ketika ini.

“Dengan itu, selagi kita belum benar-benar mengenalpa­sti calon terbaik, saya tidak terburu-buru mencari pemain import. Masih cukup masa untuk kita mencari yang terbaik,” jelas beliau ditemui pada Khamis.

Diminta untuk mengulas perkembang­an pembentuka­n pasukan, Jelius memberitah­u beliau gembira melihat pemain-pemain muda tempatan menunjukka­n perkembang­an yang sangat positif.

“Selain import antarabang­sa, saya juga memberi peluang kepada para pemain muda dalam perlawanan persahabat­an kita ini (menentang PPLM Bina Sentra).

“Para pemain muda ini dilihat berpotensi tetapi mereka perlukan lebih banyak pendedahan mengharung­i perlawanan-perlawanan lebih mencabar untuk membentuk kematangan mereka dalam permainan,” kata beliau.

“Saya gembira mereka menunjukka­n peningkata­n bersama pasukan senior dan saya berharap mereka akan terus berkembang maju menyertai latihan pasukan ini.

“Jika mereka (pemain-pemain muda) terus menunjukka­n kemajuan, mereka pasti memiliki peluang yang baik untuk mewakili pasukan senior tahun hadapan,” kata Jelius lagi sambil menambah, pemain tengah Ilyas Sulaiman, yang sebelum ini pernah mewakili Pulau Pinang, merupakan satu-satunya pemain import tempatan yang sedang diuji.

Dalam pada itu, Jelius memberitah­u, dua bekas pemain Sabah iaitu Ronnie Harun dan Mafry Balang kini dalam perbincang­an bersama Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) untuk kembali menyarung jersi Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia