Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Perayaan Krismas tetap meriah

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA Oleh SURAIDAH ROSLAN

PROGRAM Rondaan Keselamata­n Bersepadu yang dilaksanak­an di Parlimen Sandakan diharap dapat memperkema­s pengawasan isu-isu sosial yang kerap berlaku pada masa kini.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Adun Tanjung Papat Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah berkata, antara isu sosial yang dikenalpas­ti termasuk kes pecah rumah, sumbang mahram, samun dan ragut, penyalahgu­naan dadah, lumba haram, samseng jalanan dan sebagainya.

“Skim Rondaan Sukarela (SRS) di Kawasan Rukun Tetangga merupakan satusatuny­a jalan penyelesai­an yang mampu menghidupk­an peranan masyarakat untuk sama-sama berganding bahu menjalanka­n tanggungja­wab memastikan keselamata­n kawasan kejiranan diberi perhatian,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Program Rondaan Kempen Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti ‘SRS Melestarik­an Keselamata­n Komuniti’ Parlimen Sandakan 2017 di Balairaya Rancangan Rumah Murah Sim-Sim, pada Selasa. Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tanjung Papat Wong Chee Kiat.

Hadir sama, Ketua Pemuda LDP Negeri Sabah Tsang Hieng Yee, Pegawai Perpaduan Bahagian Sandakan Jambri Giau, Ketua Unit JPJKK Daerah Sandakan ASP Radin Azlen Radin Haun, Pegawai Rela Amir Tajari dan Pengerusi KRT Rancangan Rumah Murah Sim-Sim Asmara Atong.

Raymond berkata rondaan seumpama itu memberi banyak impak positif kepada penduduk meliputi aspek kesihatan dan perpaduan selain mampu membantu pihak berkuasa seperti PDRM, Rela dan AADK dalam mengurangk­an jenayah jalanan dan masalah sosial di kawasan kejiranan.

Dalam masa sama, kewujudan SRS dapat memberi keyakinan kepada masyarakat khususnya di kawasan atau perumahan yang tidak berpenghun­i.

“Saya dimaklumka­n Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah telah membuat perancanga­n secara teratur dan tersusun untuk melibatkan PDRM, Rela, AADK dan agensi berkaitan di bawah satu bumbung NKRA Keselamata­n.

“Saya percaya akan ada pelbagai perancanga­n lagi untuk KRT dan SRS di masa hadapan. Oleh itu, saya berharap agar SRS ini dijadikan simbolik di bawah agenda keselamata­n jiran tetangga kepada semua KRT di daerah ini serta diperkukuh­kan lagi dengan sokongan pemimpin tempatan,” jelasnya. WALAUPUN terpaksa bergelap seketika selepas bekalan elektrik terputus, sambutan Perayaan Krismas Kota Kinabalu di Padang Merdeka tetap disambut meriah pada malam kedua sambutan berkenaan.

Biarpun persembaha­n bermula agak lewat, iaitu pada jam 8.15 malam, pengunjung sedikitpun tidak berganjak daripada tapak sambutan.

Apabila bekalan elektrik bersambung semula, persembaha­n malam kedua itu diteruskan dengan koir penuh semangat bagi meraikan Krismas.

Padang Merdeka tetap dibanjiri orang ramai biarpun hujan mula turun dengan lebat.

Perayaan itu dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dengan Majlis Gereja-Gereja Sabah.

Sambutan itu dimeriahka­n dengan

300 gerai jualan yang menawarkan pelbagai jenis barangan Krismas, makanan dan minuman.

Majlis berkenaan dihadiri oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Edward Yong dan isteri Datin Mary Yong dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai.

 ??  ??
 ??  ?? WONG (tiga kanan) menyerahka­n topi sebagai simbolik pelancaran Program Rondaan Kempen Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti.
WONG (tiga kanan) menyerahka­n topi sebagai simbolik pelancaran Program Rondaan Kempen Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti.
 ??  ?? MARY menyampaik­an hadiah kepada kanak-kanak bertuah pada sambutan itu. Turut kelihatan Edward (tiga kanan) dan Yeo (dua kanan).
MARY menyampaik­an hadiah kepada kanak-kanak bertuah pada sambutan itu. Turut kelihatan Edward (tiga kanan) dan Yeo (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia