Utusan Borneo (Sabah)

RM161,200 peruntukan gereja

Disediakan Parlimen Tenom sejak 2014

- Oleh DELLROY

TENOM: Parlimen Tenom memperuntu­kkan bantuan kewangan sejumlah RM161,200 sempena perayaan Hari Natal kepada denominasi gereja kawasan Parlimen Tenom sejak dari tahun 2014 sehingga kini.

Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi berkata, bantuan yang diberikan itu merupakan keprihatin­an kerajaan kepada badan agama bukan Islam dalam meringanka­n beban membuat persiapan menjelang perayaan berkenaan.

Katanya, memandangk­an keperluan bantuan itu amat penting, usaha menambah peruntukan akan dipohon kepada pihak kerajaan dari masa ke masa.

“Akan datang, kita cuba minta pihak kerajaan menambah sedikit peruntukan sedia ada supaya lebih banyak lagi penggunaan fizikal dapat dilaksanak­an, khususnya bagi pembanguna­n gereja di Parlimen Tenom,” katanya.

Katanya ketika ditemui media pada majlis penyampaia­n sumbangan sempena Hari Natal 2017 kepada gereja Kristian Parlimen Tenom di Paroki St Anthony, di sini pada Rabu.

Selain bantuan kewangan, pihaknya turut menyalurka­n bantuan lain seperti keperluan peralatan berkaitan membaikpul­ih mana-mana gereja usang untuk tempoh itu.

Sementarai­tu,parapeneri­ma terdiri ketua gereja merakam terima kasih atas keprihatin­an kerajaan dalam memberi bantuan sebagai persiapan sambutan Hari Natal.

Untuk tahun ini, sejumlah RM42,800 diperuntuk­kan melibatkan sebanyak 130 gereja bagi Parlimen Tenom.

“Memandangk­an keperluan bantuan itu amat penting, usaha menambah peruntukan akan dipohon kepada pihak kerajaan dari masa ke masa.Akan datang, kita cuba minta pihak kerajaan menambah sedikit peruntukan sedia ada supaya lebih banyak lagi penggunaan fizikal dapat dilaksanak­an, khususnya bagi Tenom.” pembanguna­n gereja di Parlimen

DATUK RAIME UNGGI Ahli Parlimen Tenom

 ??  ?? RAIME (dua kanan) menyampaik­an replika cek kepada pengerusi Majlis Gereja-Gereja Tenom Chew May Wang.
RAIME (dua kanan) menyampaik­an replika cek kepada pengerusi Majlis Gereja-Gereja Tenom Chew May Wang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia