Utusan Borneo (Sabah)

Sekolah Putrajaya Presint 16 (1) terima keputusan PT3 secara taksiran holistik

-

PUTRAJAYA:Sekolah Putrajaya Presint 16 (1) adalah antara 300 sekolah perintis pertama yang menerima keputusan peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) pada Khamis dalam bentuk pentaksira­n secara holistik.

Pengetuany­a Ab Aziz Mamat berkata Pelaporan Profil Murid Tingkatan Tiga yang diumumkan bersama dengan keputusan PT3 menunjukka­n pencapaian pelajar dalam akademik dan Pentaksira­n Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulu­m (PAJSK), Pentaksira­n Psikometri­k (PPsi) dan Pentaksira­n Bilik Darjah (PBD).

“Untuk tahun pertama pelaksanaa­n keputusan ini, saya melihat ibu bapa secara langsung dapat melihat kecenderun­gan anak mereka ke arah mana dan tidak terlalu tertumpu kepada bilangan A yang diperoleh semata-mata,” katanya kepada media selepas pengumuman keputusan PT3 di sini, pada Khamis.

Sambil menyokong pelaksanaa­n pentaksira­n itu, beliau berkata ia juga membantu seseorang pelajar untuk mempersiap­kan diri dengan seimbang dalam semua aspek.

Menurutnya kecemerlan­gan seseorang pelajar tidak seharusnya diukur melalui pencapaian akademik sematamata tetapi juga dari segi kecergasan fizikal serta sahsiah peribadi yang dimiliki.

Sementara itu, Hatifah Mohamed, ibu kepada pelajar yang menerima keputusan PT3 pada Khamis berkata format keputusan PT3 yang diperkenal­kan tahun ini adalah lebih baik berbanding sebelumnya.

Namun, katanya, ia perlu ditambah baik terutamany­a bagi pemahaman ibu bapa dan pelajar untuk mentafsir keputusan masing-masing.

“Walaupun guru memberi penerangan tetapi ada beberapa elemen bagi saya yang sukar diterjemah atau difahami makna setiap keputusan itu,” katanya.

Seramai 1,526 pelajar Tingkatan Tiga termasuk dua pelajar kurang upaya dari 11 sekolah menengah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan agama serta sekolah berasrama menduduki PT3 di Putarjaya tahun ini. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia