Utusan Borneo (Sabah)

Bantuan RS1 tanpa mengira fahaman politik

Rancangan Sibu 1 tidak pinggir mana-mana pihak dalam kawasan DUN Bawang Assan

-

SIBU: Pasukan Rancangan Sibu 1 (RS1) akan memberi sumbangan kepada semua rumah panjang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan tanpa mengira fahaman politik yang dipegang mereka.

Ketua RS1 Datuk Andrew Wong berkata, sumbangan berupa kanopi, meja lipat dan kerusi plastik akan diberikan kepada semua 102 rumah panjang dalam kawasan DUN Bawang Assan.

“Kita akan memberi sumbangan ini tidak kira sama ada anda penyokong Ketua RS1 SUPP, PRS, PDP, PBB atau DAP.

“Ini kerana anda semua adalah rakyat Malaysia, juga anak Sarawak serta anak Sibu,” ujarnya ketika berucap pada Program Bersama Komuniti@Passai di Rumah Dawi Ringgil, baru-baru ini.

“Jadi kerajaan semasa harus menjaga semua rakyat tanpa mengira fahaman atau parti politik mereka.

“Kita tidak peduli anda sokong siapa,” tegasnya lanjut.

Hadir sama Temenggung Stanley Geramong, Pemanca James Semilan, Penghulu Jeffery Sut, Penghulu Evelyn Holly Sebom, Pengerusi Unit Bumiputera UPP Bawang Assan Andrew Shilling, calon berpotensi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Lanang Andrew Ting serta yang lain.

RS1 telah membelanja­kan RM500,000 untuk membeli 167 kanopi, 296 meja lipat dan 3,000 kerusi plastik yang akan diagihkan secara berperingk­at-peringkat dalam dua fasa.

Andrew Wong yang juga calon berpotensi UPP bagi kerusi Parlimen Sibu berharap diberi peluang untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ini kerana katanya, beliau perlu memikul amanah ayahnya Dato Sri Wong Soon Koh untuk menjaga rumah panjang dalam kawasan DUN Bawang Assan.

“Kamu mesti ingat siapa yang membolehka­n beliau (Soon Koh) menjadi wakil rakyat di Bawang Assan selama lebih 20 tahun.

“Beliau berkata rumah-rumah panjang yang menyokongn­ya, jadi kamu mesti teruskan menjaga rumah panjang di Bawang Assan,” ujar Andrew Wong memetik kata-kata ayahnya.

Sehubungan itu katanya, beliau bersedia untuk menjadi calon pada PRU akan datang sekiranya diberi peluang.

Sementara itu, Andrew Shilling dalam ucapannya pula berharap penduduk 15 rumah panjang dari Passai dan Lubok Pelaie dapat meningkatk­an lagi peratusan undi mereka kepada calon Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang.

Pada PRU 2013 katanya, undi kepada calon BN di Sekolah Kebangsaan Sungai Passai adalah 83 peratus dan meningkat kepada 85 peratus pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2016.

“Adalah diharapkan jika Andrew Wong menjadi calon BN pada PRU akan datang, undi di SK Passai meningkat sehingga 90 peratus,” ujarnya.

Beliau juga memberitah­u, projek pembanguna­n bernilai lebih RM1 juta juga telah diperuntuk­kan wakil rakyat untuk penduduk di Passai dan Lubok Pelaie.

“Kita akan memberi sumbangan ini tidak kira sama ada anda penyokong SUPP, PRS, DAP.” PDP, PBB atau DATUK ANDREW WONG

 ??  ?? DAWI (lima kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Andrew Wong (dua kanan) sambil diperhatik­an (dari kiri) Stanley, James, Jeffery, Shilling dan Andrew Ting (kanan).
DAWI (lima kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Andrew Wong (dua kanan) sambil diperhatik­an (dari kiri) Stanley, James, Jeffery, Shilling dan Andrew Ting (kanan).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia