Utusan Borneo (Sabah)

RS1 prihatin keluarga mangsa perahu karam Kapit

-

SIBU: Kesempitan hidup yang dihadapi keluarga mangsa perahu karam di Batang Balleh, Kapit pada 30 November lepas telah mendapat perhatian Pasukan Rancangan Sibu 1 (RS1).

RS1 yang diketuai Datuk Andrew Wong berkunjung ke kediaman keluarga mangsa di Lot 8, Lorong 1, Jalan Sentosa, baru-baru ini bagi menghulurk­an bantuan.

Mangsa, Tang Choo Yew, 33, bersama Gomes Hillary Jugah, 35, lemas dalam kejadian itu ketika mereka dalam perjalanan ke tempat kerja dari Kem PJA Trinity Sdn Bhd menuju ke Nanga Entelawan.

Isteri mangsa, Chieng Mee Lian, merupakan suri rumah yang kini perlu menyara tiga anak berusia lima bulan, lapan tahun dan 12 tahun.

Menurut Andrew Wong, keluarga tersebut kini dalam kesempitan serta menghadapi masalah kewangan selepas Tang meninggal dunia.

Sehubungan itu katanya, RS1 menghulurk­an bantuan makanan dan keperluan dapur bagi meringanka­n beban keluarga tersebut.

“Selain itu, RS1 juga akan memberi bantuan kewangan RM550 setiap bulan selama setahun bagi membantu keluarga ini membayar sewa rumah dan bil utiliti,” ujarnya.

Beliau dan Andrew Ting juga berharap orang ramai dapat menghulurk­an bantuan kewangan bagi sama-sama meringanka­n beban keluarga malang ini.

Mana-mana pihak yang ingin menghulurk­an bantuan boleh menyalurka­n sumbangan kepada Chieng Mee Lian (akaun Maybank 1112161142­59).

 ??  ?? ANDREW Wong (kanan) menyerahka­n sumbangan kepada Chieng sambil diperhatik­an Andrew Ting (kiri) serta anakanak mangsa.
ANDREW Wong (kanan) menyerahka­n sumbangan kepada Chieng sambil diperhatik­an Andrew Ting (kiri) serta anakanak mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia